Babywearing daddy uols. Sambil babywearing sambil tolak stroller.
Amacam...ada macam abah mithali tak, ker macam Mr. Mama...hehehe...Ni masa nak gi spital HKL smalam. Menapak punyalah jauh. Sangatlah hazabnya mencari parking. Hangin jugak lah smalam. Nak tak nak, terpaksalah tolah stroller. Tapi kan...berebut plak. Anak dara nak naik stroller juga.
Si qhalif plak pe'el nya kalau berjalan tak nak orang pegang. Nak jalan sendiri. Macam dah beso sangat kan. Pastu suka melencong. Penat wei ibu dia yang petite lagi kurung kering ni nak mengejar. Jadinya...babywearing lah. Dok dediam dalam tu.
Ni ada tips macam mana nak pilih baby carrier. Highly recommended gambar yang kanan ni. Kaki baby tak tergantung macam dalam gambar kiri ni. Cer kalau kaki kita tergantung macam ni. Sakit tak? Ini kan kaki budak. Aku pon baru nak berjinak² dengan babywearing.
Memang best pakai Boba 3G nih. Sesuai dan selesa dengan size aku yang petite ni. Tapi aku tak sempat nak posing dengan Boba bila dah terkena muntah qhalif masa gi Sunway Lagoon haritu. Baru rasmikan dah kena muntah...huhuhu...
Note: Kejap jer dah khamis. Tak sabar nak tunggu gaji.