Betul tu. Aku pon tak terkecuali juga. Bila bulan posa ni, mata terasa sangat lah berat. Rasa macam nak letak duit syiling 50 sen kat mata tu. Especially lepas berbuka dan lepas sahur. Sebab tu kalau lepas sahur aku tak suka tido balik. Time office hour jangan cakap lah...setiap minit asyik nak menguap jer kerjanya.
Note: Jangan lupa sertai Projek Iqra' tu yer. Kesian mereka. Tak mampu nak beli keperluan untuk raya.
Speechless. Terkesan di hati dengan persoalan di atas. Kita di bumi Malaysia ni bersyukur sebab kaya dengan makanan sampai dah tak tau nak makan kat mana. Dan juga selalu berlebihan dalam membeli makanan sampai tak habis makan. Kesudahannya...ke tong sampah juga. Sedangkan mereka? Bukan bulan puasa pon terpaksa menahan diri dari lapar sebab tak ber makanan. Ya! allah...sedihnya.
Note: Bersederhanalah dalam berbuka puasa. Peringatan buat diri sendiri juga ni.
♥ Tips Untuk Kebahagiaan Anak ♥
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
@drmuhaya
Posted by Kiddie Funtime Didik Anak Bijak, Soleh dan Solehah.
Note: Ada Pot Luck Lunch hari ni. Macam² ada ☺☺
YES...I am STRONGER!!!!
Jangan terlalu mengingati perkara yang menyakitkan hati. Nanti kamu bertambah sakit hati.
Tidak mengapa ANDAI DILUKAI, sekurang-kurangnya ia mengajar anda ERTI HIDUP. Tak mengapa ANDAI TIDAK DIHARGAI, sekurang² nya ia mengajar anda apa itu ERTI SAYANG. Tidak mengapa andai TIDAK MEMILIKI, ia menyedarkan anda bahawa masih ada PERKARA HEBAT MENANTI.
Iyer...aku masih menanti perkara hebat itu. Aku masih menanti kemunculan pelangi yang indah. Cuma untuk mendapatkan keindahan pelangi itu...hujan, kilat, angin dan ribut yang aku kena tempuhi dulu. Sebab aku tahu, semakin allah sayang kepada seseorang hambanya, semakin kuat ujian buatnya kan. Bertabahlah buat orang² yang di uji.
Salam hari jumaat semua. Penghulu segala hari.
Note: Baju tak packing lagi ni.
Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika
berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT
adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak
tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99
nama Allah.Berikut dikongsikan beberapa panduan tatacara berdoa yang
diturunkan oleh ustaz Abdullah.
1. Angkat
tangan paras dada.
2. Rapatkan
kedua-dua belah tangan
Kita akan
nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.
"Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba'
letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap
huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat
menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'.
Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang
perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh
pengharapan" .
3. Duduklah
dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan
betul-betul dan jangan menyandar.
Wassalam.
Note: Bila air-cond dah sejuk tahap maksima ni, asyik besin jer lah kerjanya. Hidung pon mulalah berair.
|
Sekiranya mampu, bacalah Al-Quran setiap hari 1 juzuk.
Sekiranya tak mampu, bacalah separuh juzuk.
Sekiranya tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat
Sekiranya tak mampu, memadailah dengan satu ayat
Sekiranya tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang Al-Quran
Dan tanyalah kepada diri sendiri
"Ya! Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat² MU?
Pasti akan kau temui jawapannya nanti sekiranya engkau benar² ikhlas
Bila kali terakhir kita membaca Al-Quran? Adakah last ramadhan tahun lepas?
Note: Kata² yang sangat terkesan dihati *tearing eyes*.
Untuk renungan kita bersama. WAJIB BACA kepada kaum WANITA / GADIS2 / PEREMPUAN
Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."
"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
Note: Ya! Allah...scarynya. Maha suci Allah sebab beliau dapat melihat azab tu. Semoga kita dapat menjaga adab² dalam berpakaian dan jugadapat menjaga solat kita. Peringatan buat diri sendiri juga.
Kalau kucing pandai berkata². Mungkin ini yang akan diperkatakan. Tapi kalau aku jumpa kucing yang boleh bercakap, mau fensan kot...hehehe...
Buat pembenci kucing yang suka halau kucing, tendang/sepak kucing...renung² kan lah. Kucing adalah binatang yang akrab dengan kehidupan manusia dan berperwatakan manja. Kucing juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W. Menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala dari ALLAH.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.
Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk.
Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca [KUCING HAIWAN KESAYANGAN RASULULLAH S.A.W]
Note: Anak daraku takut kucing. Tapi ibu dia pencinta kucing walaupon tak membela kucing ☺
Fenomena terhagat skang ni kan. Tapi aku tak der buat video GYIYOMI untuk tatapan korang suma. Sebab muka aku tak cute macam Nora Danish dan Wawa Zainal tu...ahakss...Ada yang muntah hijo plak nanti kang. Cuma aku nak berkongsi kata² penuh makna nih. Hayati lah:
Masih tak jelas? Ok...dengan rajin nya aku taip balik yer sayang:
"GYIYOMI orang sanggup belajar dan
hafal gerakannya sampai
letak dalam YOUTUBE, tapi AL-QURAN
tak der pulak orang berlumba-lumba
nak rekod bacaannya letak dalam YOUTUBE.
Dah akhir zaman sekarang,
hiburan mengatasi agama sendiri"
No objection sebab apa yang diperkatakan adah benar belaka. Hiburan bermaharajalela skang ni kan. Semuanya jadi ikutan.
"Ya! Allah, Terangilah hati kami dengan NUR pancaran iman-MU
Dekatkan kami kepada kebaikan
Dan jauhkan kami dari segala kejahatan
Kurniakan kami hidayah dari-MU dalam
menempuh cabaran
Dan liku-liku kehidupan di dunia dah di akhirat
Amin...."
Note: Tinggal beberapa hari jer lagi nak mengundi.