Ini
lah masalah ibu² dan juga bapa² bila nak makan kat luar kan. Aku juga tak
terkecuali. Kekadang fikir 44 kali…ok tipu. Fikir 3 kali jer…hahaha…sama ada
nak makan kat luar ker, nak tapau/bungkus atau nak makan kat rumah? Kan 3 kali
fikir tu…ngeeee…Nak² bila ada anak yang sedang nak membesar dan tengah lasak
macam Ustaz Iman Qhalif tu. Menguji ketabahan dan kesabaran si ibu dan jugak
abah nya. Tak terkecuali si abang bila si ibu dah tak larat nak handle si anak
active. Apalagi…kita gunakan tenaga kerahan anak sulung lah yerp…hehehe…Bertabahlah
anak sulung diluar sana.
Gaya..mutu..keunggulan. Budak anti sosial. Sekali 2 kerusi ko konker yer dik
Aku
juga tak terkecuali bagi gajet kat anak². Tapi masalah nya gadjet ada satu. Anak
nya ada 3. #makbanyakanak katakana. Acaner tu? Tak ke berebut² dibuatnya. Bagi
lah plak samseng TAB yang dah mula ‘hang’. Macam nak suruh tukar baru jer…kahkahkah.
Ok dah melencong plak. Sambung…Jadinya si abang terpaksa lah mengalah dengan
adik². Sian anak sulung kan. Bagi dorang gajet pon sebab nak suruh duduk diam.
Tak merayap sana sini. Macam dah tak der terknik lain dah bagi anak dok dediam
kan. Ipad ngan samseng TAB jugak yang di umpannya…ppffttt…
Tapi
dok diam pon sekejap jer lah. Especially siapa lagi kalau bukan Ustaz Qhalif
tu. Skang ni dah tak takut kucing. Pantang Nampak kucing dah. Kucing takut dia
skang nih. Asal nampak kucing jer kejar. Asal kejar jer mesti kucing berlari…erk…hehe…
Pastu pantang nampak tangga. Iyerlah…dalam rumah tak der tangga. Dok apartment
pon berkurung jer dalam rumah. Tu yang asal nampak tangga kat kedai nak main.
Lagi satu hal, asal nampak jalan nak berlari. Sikit² dia jalan. Sambil jalan
sambil jeling. Ibu perati jer ko dik. Sebelum ko berlari kat tengah jalan ibu
dah bersiap sedia. Nangis Usain Bolt kalau tengok ibu berlari laju dari dia…ekekeke…
Erkkkk…ni
nak citer pasal anak ker pasal tips nih? Macam dah lari topic plak. Bila citer
pasal anak memang panjang mukadimah nya. Ok lah. Boleh cuba tips nih. Aku pon
nak cuba jugak. No more gajet di kedai makan.
1) Restoran
Pilihan
Restoran
pilihan anda adalah restoran yang mesra anak² di mana anak anda bebas untuk
bergerak ke sana dan boleh bermain dengan permainan yang dibawanya. Jangan
sekali-kali makan di kedai tepi jalan kerana ia sangat merbahaya
Agak
susah juga nak cari restoran mesra kanak² nih. Fast food restaurant banyak lah
kot. Kena suggest kat pengusaha restoran lah soh letak signage ‘RESTORAN MESRA
KANAK²/BAYI’ atau pon directory ‘RESTORAN MESRA KANAK²/BAYI’. Senang sket
goggle kan. Terus kluar senarai. Tinggi harapan #makbanyakanak ni kan. Kiranya
munasabah jugak apa cadangan aku nih.
2. Mainan
Dan Buku
Bawalah
mainan atau buku kesukaan anak anda. Sedikit sebanyak ia dapat membantu anda
untuk ‘melekatkan’ anak anda ketika anda sedang menikmati makan malam.
Boleh
try nih. Kena siap kan satu bag khas yang ada mainan, buku dan juga buku kaler² ngan kaler skali. Macam si kimi skang suka baca komik. Hurmmmm…mari kita cuba.
3. Snek
Ringan
Untuk
mengelakkan menuggu makanan yang dipesan terlalu lama, anda bawalah makanan snek
(yang baik dan berkhasiat) kerana dikhuatiri anak anda akan mengamuk kerana
lapar
Bawak
cereal boleh lah kot. Biskut feveret anak² ker kan. Buah potong pon boleh lah
jugak nih.
4. Raikan
Jadikan
makan luar anda sesuatu yang menarik anak anda. Jika sebelum ini anda larang
anak anda makan aiskrim, cuba berikan keizinan untuknya merasa aiskrim. Pasti dia
suka dan duduk diam menikmati kelazatan aiskrim. Jadikan ia sebagai ganjaran
untuk anak anda. Katakan padanya, jika anda jadi budak yang baik, anda akan
bawanya sekali lagi ke restoran itu untuk makan aiskrim
Kalau
bagi eskem kat anak², kena bawak baju lebih nih. Macam qhalif kalau makan dah
sah² lah banyak tumpah ke baju dari yang masuk mulut kan. Tapi aku tak pernah
lah larang anak² makan eskem. Cuma tak boleh lah hari².
5. Haramkan
Gadjet
Gadjet
tidak dibenarkan dibawa bersama ketika makan. Jadikan makan bersama ini sebagai
aktiviti kekeluargaan. Gadjet hanya menjadikan ahli keluarga diam dan kurang
berkomunikasi
Ada berani ker...hehehe...Peringatan
buat diri sendiri juga. Situasi yang banyak kita lihat di mana² saja. Bukan kat
kedai makan jer. Yang ni memang patut diharamkan masa makan. Skang pon aku
jarang bawak HP gi kedai makan/restoran. Tinggal kat dalam keta jer. Kalau
bawak pon cuma untuk amik gambar makanan…hahaha…pastu simpan balik.
Terima kasih pada SirapLimau.com sebab kongsikan tips yang berguna nih. Banyak parenting tips dalam website SirapLimau ni. Sila lah terjah.
Note: Nak start survey harga tadika. Tahun depan qahiran nak di tadika kan...hehehe...