Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.
Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”
Bentuk Cinta Kelas Pertama
Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat “Pak Ustaz” halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.
Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah.
Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji. Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!
Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.
Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran… jangan membina cinta di dalam kuburan!
Source: Genta-rasa
Saja nak buat uols terliur pepagi nih. Pernah makan tak? Ni namanya Whoopie Pie, gabungan unik biskut, pie dan kek dalam satu. Ia adalah biskut seperti kek yang mempunyai inti krim. Baru 1st time order. Perghhhhh...memang terbaik der, sedap bangat. Tak cukup order 1 box rasanya, nak kena order lebih. Kalau ikut nafsu makan, malam tu gak bley habis. Asal makan satu...nak makan lagi.
Whoopie Pie berintikan cream cheese...terbayang² lagi kesedapannya. Aku order WP ni ngan ecar, owner cupcake-car. Nak tau lebih lanjut, klik jer kat link tu. Pastu search lah kat FB cupcake-car, macam² produk ada. Kalau teringin nak makan, kena order cepat² sebelum ownernya cuti bersalin bulan april nanti.
Kalau sebelum nih selalu dengar kawan² dok citer pasal perihal anak yang susah betul nak bagi makan ubat. Skang ni kena kat batang hidung sendiri. Semalam terpaka Emergency Leave. Anak dara tak sihat. Hari senin petang orang nursery dah SMS, badan qahirah panas. Alahaiiiiii...aku kalau bab² anak demam ni memang lemah sket lah.
Balik kerja petang tu trus gi klinik. Sora qahirah pon dah start serak² ngan batuk lagi. Malam tu start...asal batuk jer muntah, banyak kali gak lah. Tido pon tak lena. Esoknya kesiangan. Nak hantar nursery tak sampai hati...EL jer lah. Anak is priority kan. Yang tak bestnya...demam nya on and off. Kejap² ok, pastu kang tetiba panas balik.
Time nak bagi makan ubat adalah sangat mencabar. Kalau dulu senang jer nak bagi, skang ni bukan maik susah lagi. Banyak kluar dari yang masuk. Nak kena pegang tangan, kaki dan kepala. Nangis² di buatnya. Semalam betul² mencabar emosi aku, susah betul nak bagi makan ubat, aku handle sorang smalam. Apalagi...psychology lah kan, buat tak tau jer...dia nangis guling² pon aku buat tak heran. Sedih pon yer gak, tapi hati kena kering lah kan. Dah lelama tu baru pujuk. Alhamdulillah...petang tu masa nak bagi makan ubat senang jer. Pagi ni pon ok dah. Tak de lah melekit² lagi.
Maafkan ibu yer sayang. Ibu marah sbb ibu nak awak cepat² sembuh. Tak senang ibu nak kerja kalau awak masih tak sihat. Pagi ni pon rasa berbelah bagi nak gi kerja. Semoga anak dara ibu cepat² sembuh.
Nota: Vitamin apa yang sesuai untuk budak setahun ke atas yer selain dari susu ibu. Madu boleh bagi ker? Qahirah pon dah start campur susu. Nanti aku citer sebab apa, sedih sangat². Lepas campur BF + FM nih dia agak kerap tak sihat lah...huhuhuhuhu...
Woot...woot...network baru jer pulih lepas 3 hari setengah hilang ingatan. Ni istilah orang IT. Bukan manusia jer bley hilang ingatan, network pon sama tau...hehehehehe...
Perghhhhhh...memang bosan tak hingat lah. Apa pon tak bley buat, memang mati kutu di buatnya. Harap² lepas ni ok lah.
Nota: Sediakan air yer, jap lagi i nak datang bertandang ☺☺☺