Tutorial Dan Demonstrasi Tanaman Hydroponic Melalui Program GROW | Seperti yang kita sedia maklum, Earth Day atau Hari Bumi disambut setiap tahun pada tarikh 22 April. Tahu tak.. Earth Day atau Hari Bumi diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kita kepada alam sekitar. Jadinya.. Bersempena dengan Earth day 2018, aku dan anak-anak telah dijemput untuk memeriahkan majlis mengenai tutorial dan juga demonstrasi berkenaan dengan bagaimana cara penanaman sayur Bayam secara Hydroponic yang bertempat di Tropicana City Mall untuk kempen GROW.
Tutorial Dan Demonstrasi Tanaman Hydroponic Melalui Program GROW
Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall dengan sukacitanya mengumumkan mengenai pelancaran kempen GROW di Tropicana City Mall dimana tujuannya untuk memupuk generasi muda mengenai perubahan iklim supaya meraka dapat menikmati dan merasai faedah sebenar dari alam sekitar dengan membangunkan kemahiran berkebun di kalangan kanak-kanak dan memupuk kanak-kanak mencintai alam semula jadi.
Anak dara dan hasil tuaian dalam Rumah Hijau
Anak bujang dan hasil tuaian dalam Rumah hijau
Ini merupakan sebahagian daripada siri pertama GROW sepanjang tahun di Tropicana City Mall dengan kerjasama Oliver Gourmet untuk berusaha meningkatkan kesedaran mengenai hydroponic dan persekitaran yang lebih hijau. Aktiviti GROW ni melibatkan siri penanaman organic oleh kanak-kanak di rumah hijau yang disediakan dengan menuai hasil sayuran dan menanam barisan sayur baru di rumah hijau.
Professor Kajen
Memang seronoklah anak-anak dapat menuai sayur-sayur bayam yang segar dari rumah hijau tu. Sebelum aktiviti GROW dijalankan, kami telah diberi penerangan dan tunjuk ajar oleh Professor Kajendiran Latchmanan yang merupakan seorang professional landscaper mengenai cara-cara penanaman sayur menggunakan sistem hydroponic. Terdahulu pada tarikh 24 March bertempat di The Mines, 50 pelajar yang berumur 5 hingga 12 tahun dari Global Modern International School dan Wendy Montessori telah menanam benih di rumah hijau menggunakan sistem Hydroponic.
Benih Sayur Bayam
Lepas dah tuai, kita tanam balik benih untuk sayur yang baru ☺
Kempen siri kedua GROW di The Mines pula diadakan pada 20 April dimana anak-anak yang sama menanam benih pada 24 March yang lalu kembali untuk menuai sayuran dengan bantuan dari Oliver Gourmet. Mereka akan membuat pembungkusan sayur-sayuran untuk dijual di Oliver Gourmet dan hasil dari penjualan sayur-sayuran tersebut akan didermakan kepada organisasi amal.
Beratur hantar hasil tuaian untuk dijual
Sayur Bayam yang sangat fresh hasil dari tanaman hydroponic
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Pemasaran, Ms. Puline Lim berkata, The Mines Shopping Mall dan Tropicana City Mall sangat gembira untuk bekerjasama dengan Oliver Gourmet dalam kempen GROW yang mensasarkan untuk memupuk generasi muda mengenai perubahan iklim supaya meraka dapat menikmati dan merasai faedah sebenar dari alam sekitar dengan membangunkan kemahiran berkebun di kalangan kanak-kanak dan memupuk kanak-kanak mencintai alam semula jadi.
Pengarah Urusan Gourmet Oliver, Mr. Tham Oi Loon dan Pengurus Komunikasi Pemasaran, Ms. Puline Lim
Manakala Pengarah Urusan Gourmet Oliver, Mr. Tham Oi Loon berkata, sebagai penjual tempatan mereka bangga menjadi sebahagian daripada program yang memberikan manfaat kepada masyarakat dan juga dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Memang segar dan cantik sayur bayam ni. Frust sebab tak sempat nak beli. Nanti nak per gi Oliver Gourmet lah ☺
Bermula dari sekarang sehingga 31 Disember 2018, ahli-ahli CapiStar akan diberi ganjaran dengan 500 STAR$ dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30 termasuk mana-mana produk GROW dari Oliver Gourmet di Tropicana City Mall dan The Mines. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Facebook
www.facebook.com/theminesshoppingmallpage/
www.facebook.com/tropicanacitymall/