Dah lama tak citer pasal breastfeeding. Sedar tak sedar, dah setahun enam bulan aku breastfeed kan Qhalif. Ada tempoh 6 bulan lagi untuk cukup 2 tahun. Semoga impian itu dipermudahkan olehNYA. Bercakap pasal dugaan ni. Memang banyak dugaan ibu yang menyusu ni. Ini berdasarkan pada pengalaman aku sendiri. Dari anak 1st sampailah yang 3rd ni. Antaranya:
Alaaaa...tak der plak gambar Qhalif tgh BF
SUSU DROP
Syiokkk sangat bila dapat hasil susu yang meriah macam ni kan ☺☺
Ramai di antara breastfeed mom di luar sana akan hadapi masalah yang sama kan? Tiba² susu merudum. Kadang² ni susu drop di sebabkan beberapa faktor. Antaranya stress, period, kurang mengepam bila berjauhan dengan baby dan juga pregnant. Macam aku, kalau period dan stress, memang susu drop. Pastu kurang plak minum air masak. Memang susah lah nak produce susu. Sebab tu ibu menyusu kena minum banyak air. Tak boleh stress².
Pengalaman aku MENGANDUNG TANPA SEDAR. Ini juga mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Ingatkan susu drop sebab stress. Sekali sebab lain. Mengandung daaaaa. Kononya fully breastfeed memang susah nak pregnant kan. Salah tanggapan itu ok. Kalau dah subur tu, subur juga...muahahaha...Jadinya...klo uols tak period dalam tempoh fully breastfeed tu. Pastu susu merudum tiba², silalah buat UPT test hokey. Jangan jadi macam aku. Kandungan dah 5 bulan baru sedar diri. Alhamdulillah baby sihat sempurna dan cukup sifat.
PUTING MELECET
Ini yang paling di takuti oleh ibu² menyusu diluar sana. Betul tak? Termasuk lah aku. Antara sebab puting melecet ni bila latching tak betul. Maksudnya bila mulut baby tak melekap dengan betul. Sebab tu boleh melecet. Lepas tu bila baby dah habis menyusu, jangan main rentap jer *akupernahbuat. Sepatutnya kena masukkan jari dalam mulut baby dan tarik pelan².
Pengalaman aku, masa yang paling seriau menyusukan ImanQahirahQhalif adalah masa dorang tengah tido. Sebab apa? Sebab mulut masih melekap, pastu kang tetiba dia boleh plak ketap mulut tu. Tak ke menjerit dibuatnya. Yang gusi jer pon dah sakit inikan bila dah ada gigi penuh. Perghhhh...tak terbayang babe...ngeri. Tu yang buat puting boleh melecet dan berdarah. Rasa takut nak menyusukan anak sebab sakit ko. Kejang² kaki aku menahan kesakitan. Nak mengepam apatah lagi kan. Nasib Medela Swing aku tu bley adjust slow to kuat suction nya. Tapi ubat untuk puting melecet ni senang jer. Sapu ngan AIR SUSU IBU. Elok lah dia.
BILA ANAK DEMAM
Macam aku ni, kalau anak² demam memang nak mengempeng jer. Kalau sekejap tak per, ini sampai berjam hokey. Tak boleh nak buat kerja lain. Kejap² nenen...kejap² nenen. Itu lah ubatnya kan. SUSU IBU kan penawar...hehehe...
SENTIASA LAPAR
Ini pon dugaan juga ni. Asyik laparrrrr memanjang kan. Ko nak kurus, tapi asyik makan memanjang macam mana nak kurus kan. Makan dah macam bukan ko sorang yang makan. Dah macam membela gamaknya. Haku lah tu...hahaha...pagi, petang, siang, malam dan supper. Tengah² malam kelaparan ko. Dapat biskut/roti planta gula cicah ngan air milo pon jadi lah.
Alhamdulillah...aku makan banyak tapi body masih maintain cute macam anak dara...akahs...*bluekkk...Betul apa kan. Jangan risau yer breastfeeding mom diluar sana. Menyusu badan akan membuatkan 500 kalori di bakar. Jadinya...tak payah lah nak diet. Cuma amalkan gaya hidup sihat sudah lah. Buat kerja rumah tu pon dah di kira bersenam apa kan. Ini salah satu badan aku kurus tak naik²...BF + buat kerja rumah + jaga anak yang tengah nak naik. Kalau still breastfeed tapi berat badan tak turun², tak dapek den nak nolong. Mungkin kena tambah anak lagi kot. Sebab penat kan...hahaha...Gurau jer. Ikut badan masing² lah. Bergantung pada metabolisme juga kot.
Untuk para suami pula, jangan salahkan isteri kalau isteri tertido masa menyusukan anak yer. Sebab apa? Sebab HORMON OXYTOCIN ini adalah hormin yang dirembeskan oleh badan kita semasa menyusu yang membuatkan kita rasa relaxing. Dalam erti kata lain, Oxytocin is the hormone of love which also causes us to relax. Ini lah salah satu cara isteri nak berehat. Jangan kata isteri mengelat nak buat kerja yer. Asal menyusukan anak jer tido. Asal tido jer tengah menyusukan anak. Tak nak...tak nak...tak nakkk...Tak baik tuduh² isteri macam tu tau *Dah jadi prof izi hj ali pulok...ahaks...
Ini jer lah pendapat aku. Dugaan ibu yang menyusu. Aku kalau bercerita pasal breastfeeding ni memang hover kan....hehehe...seronok tau sharing² macam ni. Lagi seronok bila kawan² bertanya pasal BF. Semangat nak fully BF macam kita² ni. Gagal sekali tak bermakna gagal untuk selama² nya kan. Think positive, usaha, niat dan jangan putus asa. Melainkan jika anda sakit dan tak boleh nak breastfeed baby.
Note: Hot lah keyword nuffnang haku ni.