Bila PENCURI dah mula bermaharajalela

Tuesday, June 01, 2010



Masa mula² pindah rumah last year, tak der lagi kes kecurian nih walaupon masih banyak rumah yang kosong. Bila masuk beberapa bulan, dah terdengar kejadian curi mencuri nih, tapi kebanyakan yang hilang kasut², basikal & carpet, termasuklah kasut hubby skali kena curi. Tapi sejak dah ramai penghuni nih, makin menjadi² plak kes curi.

Kes pertama owner block tingkat 5, satu block dgn aku, hilang laptop. Tak nampak tanda² pecah masuk. Mungkin sebab pencuri nih dah pro gamaknya. Kes kedua baru² nih, block yg sama & floor yang sama...hilang LAPTOP jugak. Mungkin sebab floor 5 nih sunyi, tu yg senang dorang nak mencuri. Kali ni pencuri tu pecahkan kunci solex. Yang lagi berani, owner ada dalam rumah pon dia bley masuk, nasib owner ni perasan ada org yang tak dikenali masuk rumah tetiba, mungkin pintu & grill terbuka, tu yg pencuri masuk. Nasib ko memang baik pencuri sbb terlepas. Kedua² kejadian nih berlaku pada siang hari yer. Time suma orang keluar bekerja.

Nak tuduh menuduh pon tak bley gak sebab tak der bukti, tapi instinct naib pengerusi apartment kitorang nih kata, sejak budak² bujang yg keja dekat cafe tu pindah situ, dah start kejadian curi nih. Nak suruh pak guard ronda² waktu tgh hari tak bley plak sebab pak guard ada sorang jer. Kalau malam baru 2 orang guard yang jaga.

Kalau sbelom ni kami gi keja rasa selamat jer sebab tinggalkan rumah dengan grill yang tak di kunci solex, tapi skang ni setiap kali kluar rumah mesti nak kena solex dulu.

Pencuri...pencuri...ko memang menyusahkan orang. Kalau kat Malaysia ni dah buat hukum hudud, dah lama ko hilang tangan. Kalau masuk lokap tak guna jugak, kluar lokap ko mencuri balik, sama gak mcm peragut. Kalau dah kena potong tangan, ko dah tak bley mencuri/meragut lagik sebab dah tak der tangan.


You Might Also Like

11 comments

  1. ish, pencuri mmg menyusahkan.. kak, pergila report polis lepas tu cuba request polis merondakan area perumahan you tu..? =) take care always! nanged!

    ReplyDelete
  2. xde persatuan penduduk ke kat situ? kalo x, leh bincang utk buat bayaran utk tingkatkan rondaan ke.
    giler ahhh...x senang hati nak tinggal umah kalo mcm tu

    ReplyDelete
  3. betul2... kene tingkatkan rondaan.. mintak simpang la jadi kejadian mcm ni kan.. nak curi barang ok lagi tapi jangan kita diapa2kan dah la kan..

    ReplyDelete
  4. last year kitaorg pun ada break in case..now dah tukar guard baru..so far dah ok...

    ReplyDelete
  5. KEVIN: Memang menyusahkan. Owner maybe dah buat polis report. Tu lah...nak kena reques jugak lah sbb kawasan baru.

    ISABELLE: Memang ada persatuan penduduk. Dlm perancangan nak tingkatkan rondaan. Bila dah jadi mcm ni memang tak senang duduk.

    ReplyDelete
  6. LADY: Memang risau lady, even weekend pon agak sunyi gak sbb suma jenis duduk rumah. Pencuri skang ganas².

    HAS: Baru jer tukar guard.

    ReplyDelete
  7. diorg masuk siang2 tu sbb dh aim la tu. tau org pg keje. tak guna tul la. umh sy dh 3 kali org tarik pagar. 2 kali ilang bateri kete, skali lagi last week. abes diorg angkut sandal2. mengom tul la

    ReplyDelete
  8. Memang dia dah aim lah tu. Bahaya tul pencuri umah ko noj, klo dpt tangkap tu belasah kasi cukup baru hantar balai (^_^)

    ReplyDelete
  9. memang x senang hati kalo jd kes camni..
    rumah teres cam kakyong ni.. dulu byk kejadian org curi meter air..

    ReplyDelete
  10. KAKYONG: Memang tak senang kak. Erk...meter air pon org nak curi gak, truk btul.

    NUROLL: Memang keja org dalam gak ni, rasa2nya penyewa2 kat situ gak.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive