Seharian di Site Office yang menyakitkan hati

Friday, July 23, 2010

Salam pagi jumaat uols. Barulah bley update blog hari nih. Dari semalam hati aku sakit, sakit sangat². Sebabnya....

Pasal pindah office lagi lah. Semalam our department sudah di arahkan pindah. Segala PC suma dah di angkut. Suppose hari isnin, tunda ker hari khamis sebab TNB tak masuk lagi. Pergilah aku semalam kat site office. Masuk jer site dah macam naik kuda, dengan jalan berlubang...berlekuk sana sini. Uols bayangkan lah mak buyung naik pajero kena berpaut kat pemegang sambil angkat punggung nak mengelakkan hentakan dan hentaman dari jalan yang tak rata. Bila sampai jer office...Ya! Allah...masih ada palang² besi kat luar office, dengan buruh² binaan yang tengah khusyuk buat kerja. Masuk jer kat dalam office dengan cermin, meja berhabuk...tak lap. Dengan bunyi bising orang buat kerja, dengan debu² berterbangan, line telefon & kabel masih tak siap lagi. Pantry pon baru nak pasang KC semalam. Macam mana nak pindah office? Setakat partition jer yang dah siap pasang itu yang di katakan dah bley pindah. Tak faham betul aku dengan ORANG ATASAN nih.

Aku jadi stress smalam duduk sana, tetiba sakit kepala. Dengan tak boleh buat kerja. Dengan bunyi bising. Berjalan naik bukit turun bukit nak ke kabin. Yang lagi best, toilet cantik tapi tak der air. Aku terpaksa menahan kencing dari lunch sampai petang. Nak gi toilet kat kabin? Aku kena berjalan 10 minit, pastu nak kena mendaki bukit sket. Gila apa? Toilet plak kotor + berbau...eeuuwwwwww..

Menyusahkan betul lah. Tak salah kalau staff merungut. Sebab tengok condition pon memang tak siap lagiiiiiiii. Bos...tak boleh ker tunggu office tu betul² siap? Tak kesian ker kat staff² especially mak buyung macam aku nih. Dah lah office tingkat 2, toilet jauh kat luar. Memang tak selamat untuk kami duduk lagi. Yang lagi best, orang² HP hantar barang, untuk set-up apa yang patut, tapi terpaksa patah balik bila tengok office dalam keadaan yang tak siap dan kelam kabut. Takut barang² hilang. Better save than never. Tak ker menambahkan cost namanya tu.

Bukan nak memburukkan tapi kenyataan. Macam ni lah gamaknya pemikiran orang² yang dah terlebih pandai macam PD aku nih. Siap ker...tak siap ker, kena pindah jugak. Tak fikir kebajikan staff. Memang BODOH, ada otak...PANDAI, ada akal...PAKAI, ada bijak...GADAI.

Pagi ni sepatutnya aku dah mula kerja kat site office. Tapi sorry lah. Dengan keadaan macam tu nak suruh aku pergi? Tak selamat. Baik aku duduk kat MERCU nih. Kakak² kat office nih suruh aku buat surat sebab keadaan aku yang macam nih tak sesuai duduk kat site melainkan office tu betul² siap sepenuhnya. Launching plak end of this month. Just wait and see lah.

Pagi nih badan aku rasa sengal², penangan naik bukit turun bukit, naik tangga turun tangga, menepuh perjalanan ala² berkuda. Hhhhmmmm...


You Might Also Like

6 comments

  1. hi hi... teruk nyer! anyway, bebaik, jaga kesihatan fiza...

    ReplyDelete
  2. siannye ko fiza... aku xsuka la boss ko nih!

    ReplyDelete
  3. tak patutnya..nak suruh pindah pun agak2 la..

    ReplyDelete
  4. kesiannya ke fiza.. *hugs to u, buat la surat minta tangguh..

    ReplyDelete
  5. ADIANIEZ: Thanks...memang teruk.

    ELY: Aku lagi tak sukaaaa.

    ReplyDelete
  6. AMIRAH: Memang tak patut.

    NADNYE: Thanks sis...sian kan saya.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive