Masalah Gigi Berbunyi/Berlaga @ Bruxism dan Petua Mengatasi nya

Tuesday, May 24, 2011

Siapa ada masalah nih sila angkat keyboard ☺☺☺. Boleh geng ngan Iman. Dah lama aku nak cari info nih, akhirnya jumpa jugak. Dalam majalah Pa & Ma bulan Mei ada di bincangkan topik nih.

Masalah ni yang buat aku ngan hubbby tak lena tidor. Pagi nih memang mengantuk giler sebab tidur kami di ganggu dengan Bruxism. Nak marah pon ada di buatnya, kejap² berbunyi gigi dia tu, dah lah kuat.

Malam tadi sku ngan hubby sampai dah naik hangin sebab tak bley tido. Sampai satu tahap geram tahap gaban, hubby aku letak iman tido dalam bilik, menangis budak tu...aku pon nangis gak sebab kesian, tapi kan, aku rasa hubby pon tangkap leleh gak lah sebab nampak mcm kesat² mata...huhuhuhu...Tapi tu lah, bukan kehendak iman kan, dia pon tak sedar. Amik balik tido sesama. Memang susah nak tido wei kalau dengar bunyi gigi nih. Melainkan kalau yang jenis tido lena tak hingat dunia.


Ini antara infonya:

Bruxism (clenching teeth, grinding teeth), dalam bahasa Melayu disebut mengerat, yakni menggesek-gesekkan gigi geligi rahang atas dan bawah dengan sangat kuat hingga terdengar bunyi cukup kuat dan ngilu. Bruxism terjadi dalam keadaan tidak sedar, biasanya waktu tidur malam hari. Bagi sesetengah orang ia berlaku sepanjang hari. Bruxism boleh berlaku pada orang dewasa maupun kanak-kanak. Yang membezakannya ialah pada penyebab serta akibat yang ditimbulkannya.

Kenapa Bruxism Berlaku?

Sebab dan punca berlakunya bruxism atau teeth grinding tidak dapat ditentukan secara tepat. Namun dapat disenaraikan beberapa faktor yang dipercayai secara kajian dan pemerhatian dan dapat di kalsifikasikan kepada 2 iaitu:

Faktor bruxism pada kanak-kanak:

Bruxism adalah keadaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Namun keadaan ini akan hilang apabila kanak-kanak itu menghampiri usia remaja.

1. Perkembangan tumbesaran rahang dan pertumbuhan gigi baru. Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, gigi mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Masa perkembangan gigi itu selalunya menyebabkan kegatalan pada gusi mereka dan menyebabkan mereka mengunyah tanpa sebab. Teeth grinding semasa itu adalah respon badan terhadap perubahan dan perkembangan rahang kanak-kanak. Dan untuk gigi yang baru tumbuh, biasanya bruxism berlaku untuk membetulkan susunan gigi kepada susunan yang lurus dan betul. Biasanya keadaan bruxism ini berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut.

2. Marah dan tekanan perasaan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai perasaan dan merasai tekanan dan marah. Mereka turut mendapat kondisi bruxism ini. Tertekan rupanya anak bujang aku nih. Tengah hari tertekan kat nursery, balik umah tertekan ngan ibu abah yg asyik marah²...kesiannya anak aku nih.

3. Rasa tidak nyaman atau rasa sakit pada saat menderita flu, infeksi telinga disebabkan reaksi alahan atau alergi terhadap sesuatu. So far, selsema atau tak sentiasa ada bruxism nih.

Faktor bruxism pada orang dewasa:

Bagi orang dewasa penyebab utamanya adalah masalah emosi, seperti stress kecemasan, kemarahan, sedih atau frust, dan lain-lain. Orang yang agresif atau selalu cepat marah diserang bruxism. Salah tidur atau posisi tidur yang kurang baik juga boleh mencetuskan bruxism.

Apa Akibatnya?

Semasa bruxism berlaku, tekanan kunyah pada gigi amatlah besar, dan ia mencapai lebih dari dua kali hingga enam kali dari tekanan kunyah normal. Akibatnya, boleh menyebabkan kerosakan pada gigi maupun sendi rahang. Permukaan gigi menjadi rata kerana tonjol-tonjol gigi menjadi haus akibat gesekan yang kuat. Selain gigi menjadi buruk, gigi anda juga akan menjadi sensitif keranaa terbukanya lapisan dentin gigi.

Kerosakan juga terjadi pada jaringan penyangga gigi, seperti tulang alveolar (tulang tempat tumbuhnya gigi) serta jaringan periodontal (jaringan pengikat gigi pada tulang), aitu terjadi radang yang menimbulkan rasa sakit dan kerosakan jaringan yang parah. Kerosakan pada sendi akan menyebabkan kesukaran menggerakkan rahang. Rasa sakit yang ditimbulkan bruxism boleh melarat kepada sakit kepala, telinga dan leher, juga otot-otot muka, terutama terasa pada waktu bangun tidur.

Petuanya:

1. Anda perlu memakai khusus semacam prothese yang terbuat dari bahan acrylic atau silicon yang secara perlahan-lahan akan mengurangi ketegangan otot-otot di bahagian kepala, leher dan bahu. Dalam hal ini anda disarankan berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan nasihat profesional.


2. Anda perlu solat atau lapangkan fikiran anda sebelum tidur dan semua pemikiran anda pada siang hari yang telah membuatkan anda stress, perlu dilupakan atau dihilangkan dari ingatan anda sebelum tidur.

Source: SINI dan SINI

You Might Also Like

16 komen

  1. ala apehal blogspot ni. taip ape dah td. isshh. dpt tak kak komen sy td

    ReplyDelete
  2. wah ni kena bgtau kat along fisa ni...isk dia kalau tidur sure dengar gii dia berlaga...thanx ye FIZA!!...;)

    ReplyDelete
  3. i angkat keyboard tinggi2!!!
    hehehe.
    skrg ni rasa mcm dah kurang kot. but i know i have it

    ReplyDelete
  4. ngilu kalo bckp gigi berlaga..huhhuhu

    ReplyDelete
  5. hah!iman stress dgn ibu abah?haha..tapi biasa ni rasanya..lama2 ok la..kalo sy selamba je lagi bunyi ni sebab dh biasa dah dengar dengkuran yg boleh gegar rumah..haha

    ReplyDelete
  6. Tak der ah noj. Blogspot pagi ni sengal sket, akak nak komen pon ada masalah.

    ReplyDelete
  7. Sama²...kena bagitau tu fisa.

    ReplyDelete
  8. Hehehehe...ada pon geng iman. Tapi kan belle, iman nyer bunyi kuat sangat & kerap lah, tu yg tak tahan.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Fiza, memang ngilu lah, tak bley tido di buatnya.

    ReplyDelete
  11. Amirah, hope lepas nih ok lah. Berdengkur tu kita boleh tahan lagi, tapi bila berlaga gigi ni memang tak tahan.

    ReplyDelete
  12. masa kat kolej dulu kawan miza selalu tido then berbunyik2 gigi dia. miza pulak yang rasa ngilu. terima kasih berkongsi info :)


    *miza bukan tkleh minum susu cuma tak lalu. rasa semacam je bila minum. hehe

    ReplyDelete
  13. ngilu bila dengar gigi berlaga

    ReplyDelete
  14. anak saya umur 2 tahun gigi dah rosak teruk sebab tidur laga gigi nih.
    seingat saya, husband pernah bgtau saya pun suka laga gigi masa tidur.
    adakah ia keturunan?

    ReplyDelete
  15. Mahal tak kalau jumpa doc gigi bagi masalah bruxism ni ?

    ReplyDelete
  16. K dee smpi skrg masih mcm ni..tidur berlaga gigi..adakah sbb gigi k dee berlapis? Huhu..suami pun x tahan fiza..haha

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page