Cuti Cuti Malaysia | BAYOU LAGOON PARK RESORT

Wednesday, February 12, 2014


Ni cuti² malaysia last year punya citer. Baru skang nak up entry khenn. Tak per lah. Lambat atau cepat, janji ada citernya. Destinasi nya tak jauh pon. Kat Melaka Bandaraya Bersejarah jer. Kami ke sini:


BAYOU LAGOON PARK RESORT. Itu pon ada dua pilihan. Sama ada nak gi Gold Coast Morib atau pon Bayou lagoon ni. Setelah difikir² kan, Bayou Lagoon ni dekat dengan bandar Melaka, so boleh pusing² kat bandar melaka skali kan. Kat Morib tak der apa pon. Menghabiskan sisa² cuti sekolah yang berbaki. Sian anak² tak kemana cuti skolah. Apa salahnya gembirakan hati mereka sekali sekala.


Kami check in 30 December 2013 @ 3.00 pm. Memang waktu check in pukul 3.00 pm wei. Tempat lain aku tak tau. Check out plak 31 December 2013 @ 12.00 pm. Buat online booking ngan Agoda. Amik studio apartment with breakfast and water park entrance for two. Untuk tambahan water park entrance tu bayar RM15.00 jer untuk 2 hari punya mandi. 


Sampai² jer orang  pon dah ramai beratur nak check in. Bebudak ni pon dah tak sabar. Excited sangat ko tengok air. Selalunya mandi kat swimming pool biasa jer. Tapi ni siap ngan slide bagai. Mana tak excited khenn. Masuk² bilik jer tak menyempat ajak ke  kolam mandi.



ImanQahirahQhalif dan air memang tak dapat dipisahkan...ahaksss...Budak mana yang tak suka air kan. Cer citer ada ker budak yang tak suka air...hehehe...Mandilah sampai lebam. Dah lah angin kuat kat sini. Memang berangin jer lah...syiok sangat. Dengan air kolam sejuk di tambah plak dengan angin yang kuat. Triple sejuk dan gigil² tak hingat dibuatnya. Dah puas mandi kat water park, kita mandi kat swimming pool plak. Tak serik lagi tu. Dah sejuk beku pon nak mandi lagi. Manfaatkan masa yang ada 2 hari 1 malam untuk mandi katakan.


Dah puas mandi kita pulang ke pangkal jalan plak. Merehat² kan diri untuk jalan malam nanti. Kalau tak ajak balik mau sampai malam mandi tu...hehehe...Apa yang aku boleh kata, memang best sangat² kat sini. Tempat strategik sebab dekat dengan Bandar Melaka dan dekat dengan Shopping Complex. Tempat makan pon banyak dan senang nak cari. Environment Bayou Lagoon pon berangin jer. Tak tau lah kot aku pergi tu time musim angin tengah kuat agaknya. Memang akan repeat untuk ke sini lagi.

Kalau nak tau detail, meh klik website [BAYOU LAGOON PARK RESORT] ni. Bukan ada Water Park jer, ada gym, games room dan boleh buat team building kat sini. Suggest lah kat bos korang yer.

Note: Sambung untuk next entry plak yer. Kang panjang² sangat bosan plak korang nak baca. Aku pon dah penat memikir ayat dan menaip ni.





You Might Also Like

42 comments

  1. Berapa RM semalam..teringin gak nak g..anak asyik nak tido hotel ajer sekarang ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah. Lupa plak nak tepek. Next entry ☺

      Delete
  2. nampak mcm best aje.. budak2 mmg ler bab2 main air ni no 1 hehehe

    ReplyDelete
  3. bestnya noks....comel budak bertiga pakai baju sedondon tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat best noks. Klo ada baju org besar mcm tu, nak gak sedondon ngan dorang ☺

      Delete
  4. nampak port ni mmg terbaik..nampak kekanak ni suke benor dapat bercuti yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Port strategik babe. Ajak akob gi sini.

      Delete
  5. As salam .
    anak2 kty pun suka g sini sbb theme park dia .
    adalah 3x kami ke sini dan kami check in awal dalam kul 1.
    boleh je kalo org tak ramai ..tanya ..boleh tak check in ..setakat ni ..mmg boleh je check in awal ..diaorg kasi je .kalo bilik dah ready..alhamdulillah time kty , ada bilik yg dah ready time tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak. Masa saya nak check in awal tu tak boleh. Mungkin sbb org ramai & bilik tak ready lagi kot. Memang best lah kat sini kak atty.

      Delete
  6. salam k.fiza..

    besnye cuti2 sambil mandi pool..seronok jer tgk anak2 akak dlm pool tu..bestnyer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam cma. Memang best lah bebudak nih mandi.

      Delete
  7. best tuu dapat cuti cuti malaysia..tempat yg menarik sure anak2, mak bapak happy sokmo..:)
    sy pon suka pi melaka..banyak tempat yg boleh kita terjah..
    sonok depo semua main air noh..fiza..awat tak ikut sekali mandi manda..rugi tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak tempat menarik kat melaka. Daku tukang amik gambar jer ☺☺

      Delete
  8. aritu ada berangan nak pi sini..
    nampak cam best jer..
    tapi betul la, melaka memang best..dari pagi ke malam memang berjalan jer kejenya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat zee. Pergilah. Bley ronda2 bandar melaka.

      Delete
  9. UNTUK KAMU , TQ http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/02/gamaknyer-blogger-lelaki-tak-minat-baca.html

    ReplyDelete
  10. Kalau nak makan angin dgn anak-anak memang kena cari tempat yg ada permainan taman air. budak-budak kan suka main air Fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Kena ikut selera anak².

      Delete
  11. Best! Kami pun dah p
    Amik apartment 3 bilik rm348
    Bagus pun pilih bayou drpd golkos morib tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rugi ke sini nan sebab memang best.

      Delete
  12. pergi tempat mcm ni kena ada ank anak baru sonok. sbb anak anak paling suka main air kan..

    akak, doakan utk saya ye. smg baik baik aje dan dipermudahkan segalanya utk timang anak sendiri. aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sue. Akk sentiasa doakan kawan² yg TTC.

      Delete
  13. Assalamualaikum kak. wahh bestnya spend time together dengan keluarga dan anak-anak. sheila teringin nak g mandi waterpark tapi suami tak izinkan.. bahaya katanya.. tapi teringin sangat ni.. Gold Coast pun dekat rumah, hehehe. memanggil2 rasanya T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Sheila. Iyerlah...risaulah suami sebab awak tgh pregnant kan. Tunggu baby kluar. Nnt bley bawa baby mandi². Memang best ☺☺

      Delete
  14. Syok jugak tempat nih yer.
    nanti citer pasal harga hotel n waterparknye ek.. senang sket nk plan bajet. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syiok NU. Ok...nest entry. Blh lupa plak nak tepek rega,

      Delete
  15. kalau gi bercuti memang kolam la bebudak kejar ...hhee

    ReplyDelete
  16. seronok bercutikan... kami tahun lepas tak sempat kemana-mana pun...

    ReplyDelete
  17. bestnya nampak tempat ni..budak2 memang suka la tempat camni kan..

    ReplyDelete
  18. Menarik juga ni.. thanks sharing Fiza.. :)

    ReplyDelete
  19. bestnyaaaa.. lama xpi melaka. tq share. suka gambar last 2 bradik tu. buat frame pun comel :)

    ReplyDelete
  20. seronokkan.. anak2 mmg sukala tempat2 camni.. saya tingin nak bawak ank2 g tempat camni.. kat sini ada satu lagoon.. lenkali nak bawak gak la dorg..

    ReplyDelete
  21. wahhhh bestnya. mcm gi taman tema air jela pulak. yela budak2 tue dapat air dengan mainan sikit2 pun dah sama sonok dgn taman tema air kan hihihihi

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive