Wall Climbing @ Taman Cabaran, Putrajaya

Monday, February 10, 2014

Ada 2 orang budak telah berjaya menawan wall climbing dengan jayanya. Berjaya menuju puncak kononya.


Inilah budaknya...Iman Hakimi & Iman Qhalif. Qahirah?? Malu nak panjat katanya. Klo kat umah bukan main memanjat lagi khenn kakak. Weekend aktiviti kami bermula di Taman Cabaran Putrajaya. Dulu pernah gi sini, tapi ada budak tu memalu plak. Tapi smalam gi excited plak dia.






Seronok plak dia memanjat smalam. Memula takut gak, tapi bila dah berjaya sampai kat atas tu, happy bukan main lagi. Asyik memanjat jer lah. Ni dah excited ajak datang sini lagi.


Ni pon boleh tahan hebat. Nak jugak memanjat. Tapi with abah supervision lah. Klo jatuh pon tak der hal sbb berlapik macam tilam tu.

Wall Climbing ni masuk free untuk budak2. Kalau dewasa kena bayar RM6.00. Waktu operasi start pukul:

10.00 am - 8.00 pm (Ahad-Khamis)

10.00 am - 10.00 pm (Jumaat-Sabtu)

Dari Taman Cabaran, ke Marina Putrajaya plak. Tengok sukan air sambil hirup udara petang. Berjalan kaki sampai ke laut buatan yg kat Pullman tu. Memang exercise kaki betul lah.


Destinasi terakhir, Dataran Gemilang Putrajaya. Faham-fahamlah, bebudak memang pantang nampak air khenn. Apalagi....kita mandi dulu. Aku plak bawa baju qhalif jer, baju kimi & qahirah tak bawak. Nasiblah. Dah puas mandi sampai gigil2, kita pulang kepangkal jalan. Dalam keta kimi & qahirah duduk bawah sebab seluar basah. Sapa soh mandi. Dah cakap baju tak bawa nak mandi juga :-)

Banyak tempat2 menarik kat Putrajaya. Dan masih banyak tempat2 kat Putrajaya yang masih belum di explore lagi.

Note: Ibu & Anak2 happy smalam. Dah lama tak beriadah mcm ni.

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

34 komen

  1. Assalamualaikum, malu-malu tapi happy, macam2 ada kat putrajaya ek, bole mandi-manda, banyak aktiviti jugak...

    ReplyDelete
  2. semalam riadah kat dataran je....taman cabaran tu tak terpegi lagi....bila nak pegi yee

    ReplyDelete
  3. adoiii!!..warga putrajaya pon x penah jejak lg dataran gemilang tu..hahaha...klu nak swim g kat P5 tu best...ada 4 kolam...pueh hati mandi...

    ReplyDelete
  4. best jg tempat ni kan noqs.. dapat kat anak2 aku habis dia panjat ni.. hehehe

    ReplyDelete
  5. seronok beriadah macam ni kan fiza :)

    ReplyDelete
  6. wahh yg adik tak nak kalah dengan si abang yekkkk..hehe

    ReplyDelete
  7. wah best..elok sgt ni bt aktiviti lasak utk anak2..zaman skrg ni anak2 harus kuat dn berani..

    ReplyDelete
  8. sesekali bg bebas dan buat aktivii mcm ni sukelah dia org yer...

    ReplyDelete
  9. wahhhh..kelas korang!! berani pulak tu..aunty dah lama x naik wall climbing tu. dulu2 selalu jugak naik..hihi

    ReplyDelete
  10. Kite pun happy jek tgk gmbr2 anak2 ni :)

    ReplyDelete
  11. bestlah..mana nak cari dekat2 sini..free tu lg best..

    ReplyDelete
  12. Assalam~ Fiza duduk kat Putrajaya ke? tak penah gi tempat2 ni... InshaAllah one fine day... best gak kan Putrajaya ni. hehehe...

    ReplyDelete
  13. beraninyeeeee~
    nampak cam tinggi jugak tu kan~

    ReplyDelete
  14. semalam akakpun kat putrajaya tapi tak kemanaler .. mak mertua akak lepas keluar sepital duk rumah adik ipar kat putrajaya.. so meamng cuti ke sanaler tapi duk rumahjerler...
    memang macam2 tempat der kat sanakan .. kena explore jugaklerkan...

    ReplyDelete
  15. wah mmg seronok ni, lagi2 kalau bawak anak2 kan... done nuffnang kat sini yer

    ReplyDelete
  16. Bestnya.. teringin gak nak berwall climbing.. Tapi taktau tangan ni kuat lagi ke tak.. Huhuhu..

    ReplyDelete
  17. Elok tu dedahkan pada mereka seawal mungkin aktiviti lasak macam ni...
    nanti tak la kekok bila dah besar...masa kecik2 ni, body pun flexible lagi...nak try la bawa anak anak saya ke sini

    ReplyDelete
  18. bestnya. nak nak bawa anak anak kan.
    kak, tima kasih ye

    ReplyDelete
  19. wah seronoknya fiza, aktiviti mcm
    ni mmg digemari bebudak ni

    ReplyDelete
  20. wah..syoknya main panjat2..xdelah mahal sgtkan..

    ReplyDelete
  21. bgs la dh dedahkan dgn xtvt lasak camni.. blh mnambahkan keyakinan dlm diri

    ReplyDelete
  22. good aktiviti nih....mcm best jer.

    ReplyDelete
  23. best nya climbing.... hari tu ank akk nak try tapi akk tak kasi sebab akk takut...bule camtu... kalau bapak dia ada berani lah nak bagi...hheee.... next time akk kena beranikan diri bagi dorg try

    ReplyDelete
  24. akak ni rajin btl bw bebudak jenjalan.. sy ni hari² lalu lalang kt taman cabaran xtau lak ada wall climbing utk bebudak.. free lak tu.. haishhh

    ReplyDelete
  25. seronoknya budak2 buat wall climbing ni.. klu pae msti suka nak panjat2 tu...hehe
    Di sini kurang lah tempat2 nak beraktiviti mcm tu... kesian kami..huhu

    ReplyDelete
  26. Best tu. Tapi kena berhati². Bahaya main ni kalau tak kena cara. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  27. tak pernah teroka Putrajaya lagi..rupanya banyak tempat sesuai untuk riadah bersama anak-anak

    ReplyDelete
  28. mmg best putrajaya. Banyak taman rekreasi. Sesuai la untuk family beriadah.

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page