1M1S | 1 Murid 1 Sukan

Tuesday, September 09, 2014

Sambung kisah semalam. Sebab tak habis taip sebenarnya....ekekeke...aci lah yerp.

Aktiviti hujung minggu. Sabtu aritu tu kimi ada sukaneka. 1 Murid 1 Sukan katanya. Tak pergi, kesian plak. Dalam surat pon dah bagitau ibu bapa digalakkan hadir. Si kimi siap cakap ibuabah kena datang. Demi mu anak, #makbanyakanak bersama anak dara dan anak bujang tecik menghadirkan diri juga ke sekolah. Menguruskan budak berdua tu adalah agak mencabar. Urut dada jer lah ibu ko ni anak2.

Muka memasing. Nampak kepala pon jadi lah. Budak tak mesra camera memang macam ni.

Budak si penari tiang. Asyik berpusing kat tiang tu. Ko dah kenapa dik??? Bukan main lagi dia tau. Merayap sana sini. Penat ibu nak pantau tau. Berlarian lah. Sekali jatuh. Ibu tukang gelak jer lah. 

Berdebar² menunggu giliran untuk berlari.

Ko dah kenapa abam. Bercekak pinggang bagai. Gementar lettew kan. Apsal pakai baju hijau tu? Sebab kimi orang yang terakhir lari. 

Supporter of the day.

Ketibas ketibus dibuatnya sebab cuaca agak panas dan juga melayan karenah QahirahQhalif. Sampai senget benget shawl ibu ko. Nasib tak tercabut...ppffttt...Alhamdulillah...team Iman Hakimi menang. Dapat nombor 1. Bukan main suka lagi dia. Cuaca pon agak cantik. Kejap² panas dan kejap² redup. Tapi kulit iman hakimi pon dah gelap sikit. Latihan sebelum sukaneka katakan. Sekian laporan sukan untuk harini.

Info 1M1S: Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengna menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun. Dasar ini juga adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Note: Half day semalam. Tak dapat melawat kawasan. Tapi harini full day ☺





You Might Also Like

22 comments

  1. seronok tengok anak-anak bersukaneka..

    ReplyDelete
  2. anak sukan mak pulak yg halfday ehh..

    ReplyDelete
  3. Teringat masa kita sukan tadika dulu hehe

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/09/loom-bands-boleh-membawa-maut-kepada-kanak-kanak.html

    ReplyDelete
  4. half day hari Isnin ni best tau..
    kalau gi shopping complex lengang aja..nak parking pun senang..hahaha

    ReplyDelete
  5. hadir sbg tnda sokongan pd anak.
    kdgtu, mrk mmg x gitau.. tp dlm hati mrk sgt happy bila kita sanggup luangkan msa untuk ank...

    ReplyDelete
  6. Menang x? Apapun sure enjoykan..

    ReplyDelete
  7. Tapi ada jugak cikgu yang tengok saiz badan murid. Murid yg saiz badan besar2 diorang tak bagi amik bahagian dalam mana2 aktiviti sukan. Ate, mana pergi dasar 1M1S tu kalau dah cikgu sendiri tak support murid? Hmm..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  8. bagus jgk dasar baru ni. mentang2 zaman kita dah lepas, aku suka je buat dasar apa2 pon. heheh.. kalo zaman kita skolah dulu suruh buat satu murid satu sukan mesti aku le org yg paling tak suka sbb tak suka aktiviti lasak. heheh...

    dah yg adik gi pusing tiang tu kretif sgt tu ngape. hehehe... mcm2 le anak2 ni.

    ReplyDelete
  9. ooo lieya bace entry fiza ni baru tau pasal 1 murid 1 sukan nie....bagus gak buat camni kan...ade laa aktiviti fizikal yg menyihatkan minda...ecewahhhh mcm org sukan plak daku bercakap hahaahahah....

    fiza kire terrra laa hakimi berlari...dah le kene pakai baju hijau gedabak tu heheeheh...susah tu nak belari dgn baju besar gitu....tahniah iman hakimi....mane tau lepas ni ade talent wakil sekolah pastu negeri pastu negara plak...adoi masin mulut lieya hendaknye kan fiza heheheeheheh

    ReplyDelete
  10. Menang atau kalah bukan ukuran Fiza. Janji melibatkan diri dalam suka bagi semua murid cergas. Apa lagi yg menang mestilah Kimi bangga dan puas hati..

    ReplyDelete
  11. Lama x jengah sini... Sy suka tgk bdk2 bersukan..blh tgk mcm2 gelagat tu yg menghiburkan.. :)

    ReplyDelete
  12. masa Khairine darjah 1 dulu aku pun terbabit masuk 1sukan 1 murid ni nyah.. hahaha
    kira support untuk budak2 lah.. so sekolah galakkan parents join sama

    ReplyDelete
  13. ko ni kenape? asyik x puas hati dgn anak ko...hha..
    ko tak faham betapa seronoknya boleh pusing tiang.. aku rasa budak permpuan tu mengintai ank bujang ko.. eh..tak pun gf adam..
    nk perkenal diri kat ko lah tu..

    ReplyDelete
  14. syiokkk.. akak suka tengok budak2 sukan.. macam2 ragam...

    ReplyDelete
  15. Seronok melihat kanak2 ni...gembira dan ceria jer... Kalaulah dapat ku undurkan masa, :)

    ReplyDelete
  16. untuk murid 1 sukan tu untuk murid darjah 3 kan U?

    ReplyDelete
  17. si abang nampak excied je nak berlari... hihii

    ReplyDelete
  18. Wah... abg pelari akhir... mesti lati laju tu... heheh tahniah abg...

    ReplyDelete
  19. Bagus jugak dasar mcmni akak.. baru la seimbang.. =D

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive