Resepi Sambal Ayam/Daging Bali

Wednesday, September 17, 2014


Resepi datang lagi. Biasalah bila cuti kan. Masak lah kerjanya. Amacam…kecur ailio tak? Rupa bukan ukuran. Yang penting sodap hingga menjilat pinggan. Kali ni iols nak kongsikan resepi yang senang nak buat. Bahan² pon simple jer. Jangan ditanya kenapa namanya sambal bali. Sebab dah owner nya yang bagi macam ni. Suka suki dia lah khen. 1st time aku dengar resipi sambal Ayam/Daging bali nih. Terus teruja nak buat. Sila salin resipi ni yerp.

Bahan² (Untuk Di kisar dan Di perap)

- Daging sekilo. Kalau ayam aku pakai sekor
- 4 biji bawang merah. Nak letak lebih pon boleh
- 3-4 batang serai
- Lengkuas. Lebih kurang besar ibu jari tangan. Bukan jari kaki
- Cili kering 1 cawan
- Kicap manis 1 cawan
* Kisar semua bahan di atas dan perap bersama daging/ayam untuk seketika.


 Bahan Tumisan

- 4 biji *atau lebih Bawang besar/Bawang kecik dipotong 4
- 4 Batang serai dititik
- Lengkuas besar ibu jari tangan dihiris
- 5-6 Cili Hijau dibelah hujung
- 4-5 Tangkai Daun Kari

Cara² Memasak

1. Tumiskan bahan² tumisan seketika sampai naik bau
2. Angkat dan ketepikan dalam pinggan lain
3. Masukkan ayam/daging perapan kedalam kuali tadi
4. Tambah Air Asam Jawa dan juga Gula Melaka
5. Bila bahan2 dah sebati dan masak, masukkan balik bahan tumis tadi

Senang kan. Terpulanglah sama ada nak pakai ayam atau daging. Kalau nak buat banyak, agak² lah nak banyak mana bahan² tu yerp. Kebetulan ayam yang ada jadinya aku pakai ayam. Kononnya nak buat malam senin. Sekali si ustaz qhalif dah merengek2 nak mengempeng. Aku pon jadi tak keruan nak masak. Baik stop dulu. Sempat buat perapan untuk ayam. Semalaman aku perap ayam tu. Pagi semalam baru masak. Sedap wei bila semalaman perap. Lembut jer ayam tu. Dan terasa bahan² perapan tu meresap masuk dalam ayam…pergghhh…ayat aku.

Suka suki uols nak masak macam mana kan. Aku Cuma blender serai ngan lengkuas jer sebab bawang blender ngan cili kering dah ada. Kalau nak pedas boleh tambah cili api. Bersilat aku kat dapur masa nak potong lengkuas. Keras rupanya lengkuas ni erk. Aku ingatkan lembut macam halia. Masa memula dulu ingatkan beli lengkuas tua. Sebab keras nak mamps. Second time beli pon keras jugak. Memang kejadiaanya keras erk. Sudahnya aku pagai lesung masa nak potong smalam…ppffttt…

Note: Sekian laporan masakan. Nanti kan resipi akan datang yerp ☺


You Might Also Like

17 komen

  1. mcm menarik ni.. weekend je lah aku boleh try recipe ko ni babe.. kalau weedays susah aku nak terkangkang kat dapur masak lauk heavy2.. hahaha.. career woman kata ko.. :p

    ReplyDelete
  2. boleh tahan senang jugak ni, nak try jugak la

    ReplyDelete
  3. sedap yerr. thanks share resepi, nak cubalah nanti

    ReplyDelete
  4. rumah aku ada pokok lengkuas..
    tp aku jarng guna.. payah oh nak g ambil.. keras mcm batu

    ReplyDelete
  5. amboi gitukan ... dah jadi chef ko fiza.. ....

    ReplyDelete
  6. senang banget! leh try ni nnt...

    ReplyDelete
  7. Thanks akak share resepi meletops nie..=D

    ReplyDelete
  8. mesti sedap kan fiza... hurm... leh try ni.. tapi anak2 twin saya tak makan pedas lagi.. masakan sup ayam ke tompyam ke utk dowang janji tak pedas.. kene wat dua lauk, satu pedas n satu tak pedas utk twin...hahahaa...

    ReplyDelete
  9. haiyoyoyoyoyooooo ini sangat mengundang lapar *bingkas bangun menuju ke cafe*

    ReplyDelete
  10. Menariknya resepi ni... tq for sharing!

    ReplyDelete
  11. Sedapnya Fiza.. Hari ni saje dah dapat 2 resepi menarik nak kena try termasuk resepi Fiza ni.. Hubby mesti suka nih.. Btw, lengkuas memang keras yunk.. Sebab tu cukup malas nak masak kalau kena guna lengkuas.. Huhu.. Tapi apa2 pun mesti cuba nih.. Siap salin masuk buku dah pun.. Ahaks! ^^,
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  12. sedappnya ni macam x payah pg bali .. masak sini makan lg sedapppp

    ReplyDelete
  13. nampak sedap..ingatkan ayam bakar..

    ReplyDelete
  14. Macam masak kicap yer Fiza...cuma tambah lengkuas serai tu aje...

    ReplyDelete
  15. lebih kurang mcm masak kicap jugak kan. Cuma bezanya part lengkuas tu saya letak halia kalo masak kicap. yg lain lebih kurang je.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive