Berkongsi Keriangan Di Pelancaran Play IQ dari Fisher-Price®

Monday, September 08, 2014

The more they play, the more they learn!


Anak² dan permainan memang tak dapat dipisahkan. Pilih jer mainan apa. Macam² jenis ada mengikut peringkat umur dan perkembangan mereka. Tapi selalunya kalau bab permainan anak ni ibu² lah yang selalunya over nak membeli kan. Betul tak? Mengaku jer sebab aku pon macam tu. Iyerlah…mainan bebudak skang canggih manggih tak macam jaman kita dulu. Sebab dulu kita tak dapat, maka kita beli lah untuk anak² supaya kita pon dapat tumpang main sekali kan…erkkkkk…ekekeke…Ok lah, kang lari tajuk plak. Straight to the point lah.

Dr. Deborah Weber, Head if Infant Research at Fisher-Price® and Leong Mei YIn, Head of Marketing, Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. launch Play IQ in Malaysia to help parents discover and track their child's precious early development

Siapa yang tak kenal dengan jenama Fisher-Price® kan. Sebuah Syarikat pengeluaran mainan bayi dan kanak-kanak yang terkemuka.  Baru2 ni Fisher-Price® telah melancarkan sebuah produk baru yang dinamakan Play IQ bermula 14 – 17 August 2014 bertempat di Sunway Pyramid.

Dalam pelancaran itu juga terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah disediakan seperti gerai foto, cabutan bertuah, promosi khas bagi alat2 mainan Fisher-Price® dan yang paling best  adalah ibu bapa yang hadir bagi sesi pembelajaran dapat membawa anak² mereka bermain di ruang permainan yang disediakan. Bestnya. Apa tu Play IQ?


Play IQ adalah satu konsep dan platform Fisher-Price® yang membantu para ibubapa menilai peringkat perkembangan anak mengikut tiga tunggak utama: Fizikal, Kognitif dan Sosial & Emosional. Dengan mengenal pasti perkembangan anak mengikut kaedah ini, para ibubapa dapat mempelajari cara untuk membantu bayi mereka mencapai perkembangan baru disamping mengesan kemajuan mereka di dalam bidang-bidang ini.


Menarik kan. Tak rasa tertarik nak beli ker? Meh nak tambah tarikan uols untuk membeli Play IQ nih. Menurut Ketua Jabatan Pemasaran, Mattel Southeast Asia Pte. Ltd, Leong Mei Yin, “Sesetengah ibubapa mungkin tidak memahami bagaimana permainan boleh membantu dalam perkembangan anak mereka. Dengan Play IQ, kami menawarkan suatu konsep dan platform pendidikan yang menunjukkan bagaimana setiap permainan Fisher-Price® telah direka khusus bagi menepati peringkat dan keperluan perkembangan anak yang berbeza,”

Betul apa yang diperkatakan tu. Pemilihan permainan untuk anak² juga adalah sangat penting untuk perkembangan minda dan tumbesaran anak² kita kan. Banyak kriteria yang perlu di ambil kira terutama dari segi keselamatan. Selamat ker permainan ni. Sesuai ker untuk anak² main. Tak susah nak cari permainan anak skarang ni sebab kebanyakan permainan sudah dibahagikan mengikut peringkat umur yang sesuai untuk anak bermain. Salah satu jenama produk adalah dari Fisher-Price® sendiri.

Dalam pelancaran itu juga terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah disediakan seperti gerai foto, cabutan bertuah, promosi khas bagi alat2 mainan Fisher-Price® dan yang paling best  adalah ibu bapa yang hadir bagi sesi pembelajaran dapat membawa anak² mereka bermain di ruang permainan yang disediakan. Bestnya.

Apa tunggu lagi, dapatkan permainan Fisher-Price® untuk anak2 anda. Untuk maklumat lanjut mengenai Fisher-Price® Play IQ dan juga aktiviti2 mengenainya, boleh layari www.fisher-price.com/PlayIQ dan www.facebook.com/FisherPriceSEA.


Note: Mainan ni kalau ada anak berderet tak boleh beli satu. Kena beli untuk anak² yang lain juga. Kalau tak memang bergaduh lah jawabnya.


You Might Also Like

17 comments

  1. Fisher Price pun ada versi immitate, kan? Kena hati2 sbb kdg kdi bsr2 pun entah2 jual yg fake punya!

    ReplyDelete
  2. mmg best mainan ni kan...kalo dapat main, mak pak pon sebok nak join sekali gamaknya

    ReplyDelete
  3. nak terjah jap...bestnya pi event macam nie kan fiza..

    ReplyDelete
  4. yg nota tu mmg betul... sorg beli lg sorg pun kena gak kasi..ksian plak nnt huhu

    ReplyDelete
  5. best eh kak yg kude laut tu.. nk beli, tp husband kata mengarut.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Wahh... nampak macam best aje! Banyak banau mainan untu anak-anak...

    ReplyDelete
  7. Mainan dan anak2 tak dapat dipisahkan noks ...... :)

    ReplyDelete
  8. Bukan saja anak2...mak2 pun teruja kan..

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing...seronok kadang tengok mainan fisher price...kadang tu saya main dulu sebelum anak...hehe

    ReplyDelete
  10. Permainan macam ini membina otak dan kecergasan badan.
    Mak-ayah pun boleh terlibat sama.

    ReplyDelete
  11. KAT RUMAH SAYA DAH BERDERET-DERET MAINAN BEBUDAK.. LAST-LAST SAYA SIMPAN KAT SETOR JE.. KALAU NAK MAIN BARU KELUARKAN SIKIT-SIKIT. KALAU TAK BERSEPAH-SEPAH RUMAH DIBUATNYA..

    ReplyDelete
  12. menarik jgk permainan ni. bertuah fiza dpt involve dalam acara mcm ni. luas pengetahuan.

    ReplyDelete
  13. saya suka dgn product fisher price ni... thn lasak..

    ReplyDelete
  14. Mainan Fisher-Price mmg ohsem untuk anak2... ada byk pilihan ikut peringat umur anak2...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive