#MYCyberSALE

Monday, September 29, 2014


Tu dia. #MYCyberSALE dah start harini. Sila sediakan duit yang secukupnya dalam account yerp. Tak yah bersusah² dan bersesak² di shopping mall. Hanya bersesak² dan bersusah² di dalam talian saja. Apa itu #MY CyberSALE? Meh baca.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) melalui inisiatif Digital Malaysia hari ini mengumumkan #MYCyberSALE, jualan dalam talian yang diterajui oleh Kerajaan yang pertama di dunia. #MYCyberSALE Akan menyaksikan penyertaan 4,500 peniaga yang memaparkan lebih daripada 225,000 tawaran dalam talian, menawarkan sehingga 90% diskaun dari September 29, 2014 kepada 1 Oktober 2014. 

Acara jualan terbesar dalam talian di Malaysia akan termasuk sejumlah 250 e-pasaran termasuk peruncit terkemuka dalam talian tempatan dan asing. #MYCyberSALE Juga digalakkan oleh rakan-rakan premiumnya Astro Radio, CIMB, Golden Screen Cinemas (GSC), LINE, Pos Malaysia dan Telekom Malaysia (TM), dan disokong oleh PIKOM dan Persatuan E-dagang Malaysia.

Sumber: [SINI]

LAZADA

MPH

Antara yang terlibat. Perghhhhh...tahan nafsu jer ni wei. Murah tu. Up to 90% discount. Buka website poplook tadi. Nangis wei sebab murah. Apalagi uolls. Silalah terjah. Buat yang mem budget *macamaku, dok dediam sudah. 

Note: Pesanan buat diri sendiri...#silatahannafsu

Extra Note: Sambung buat 5S lagi. Dengan internal audit lagi. Ohhhhh...mak hencik stress.



You Might Also Like

19 comments

  1. Huhuhu xleh tengok dulu. Gaji esok baru kuar... Huwaaaa

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ada benda macam ni.. Tapi harap janganlah ada yang menipu dalam online ni..

    ReplyDelete
  3. adehhh..bahaya nie kalau tgk nie..kompom2 lebo duit satgie...hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh...ini betul2 kena tahan nafsu ni Fiza.. haha...adoi! rambang mataaa.. :)

    ReplyDelete
  5. oh tidak!!! mulalah terasa nafsu ni bergelodak bab2 shopping2 ni..hehehe

    ReplyDelete
  6. Ala..kena tahan nafsu jugak..nak balik kampung raya minggu depan..heheh

    ReplyDelete
  7. Online MegaSales lah ni...
    Moga saya tak terjerumus..hahaha

    ReplyDelete
  8. Seronok juga tengok brg2nya.. menarik.. geram.. :D

    ReplyDelete
  9. dah skodeng2 dah smlm..harga mmg murah!!! nanges tengok.. hahaha

    ReplyDelete
  10. yang membaca ni pon tahan nafsi jugak ni..adoiiii

    ReplyDelete
  11. Huhu..pndai sale ni. Time org dpt gaji

    ReplyDelete
  12. Memang seronok dengar sale hujung tahun dimana2 termasuk dalam talian....
    Ermmm siap jer RM nyer banyak2..

    ReplyDelete
  13. haaaaaaaa..... bahaye sale ni utk poketses dan akaun bank saye... tapi thanks ye sbb share.

    ReplyDelete
  14. kannnnn tengok smlm pun ya Allah rasa nak pitam tapi tahannnnnn nafsu huuuu

    ReplyDelete
  15. Huhuhu sila tahan nafsuu..kita ni kan klau tgk benda yg berkenan trus nk bli hahaha

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive