Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya

Wednesday, June 13, 2018

Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya | Lagi 2 hari saja lagi nak raya kan. Apa persediaan korang dari segi penjagaan kesihatan untuk keluarga? Maklumlah… Bila hari raya kan kita berjalan merata rumah sanak saudara. Tak terkecuali juga ramai saudara mara datang berkunjung. Jadinya… Sebagai seorang ibu yang prihatain, aku kena pastikan anak-anak Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya.  


Iyerlah… Bila dah ramai-ramai tu kan, kuman senang merebak especially dari sentuhan kalau tangan tak dibasuh dengan bersih. Untuk set penjagaan kesihatan ni, aku memilih jenama Dettol sebab Dettol merupakan jenama perlindungan kuman yang dipercayai serta jenama antiseptic terkemuka di dunia. Memang jenama yang dipercayai di kalangan ibu-ibu lah.


Untuk produk Dettol ni kan, yang akan selalu aku bawa dalam bag adalah wet wipes atau tisu basah dengan hand wash. Memang kena ada 2 benda ni. Lagi pon saiz nya comel memang senang nak letak dalam bag. Macam wet tisu tu, kalau pergi kedai makan memang aku akan lap dulu baby chair sebelum bagi anak duduk. Ni nak pergi beraya nanti, senang kalau ada wet tisu bila tangan anak kotor. Hand wash tu pulak kalau pergi toilet boleh pakai sebab kadang-kadang toilet tak ada sabun. 


Dettol Malaysia berhasrat mendidik dan melindungi 1,000,000 warga Malaysia di jalan raya sepanjang musim perayaan ini


Hari Raya adalah musim perayaan yang amat dinanti-nantikan bagi bertemu sanak saudara serta orang tersayang selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini.

Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia. Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka.


Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman.

Menurut Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura, “Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini*, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada,” tambah beliau.

Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahawa mengekalkan tangan yang bersih membantu menjauhi kuman.

Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura (kiri) bersama dengan kanak-kanak yang
menunjukkan tangan mereka yang bersih selepas mencucinya dengan menggunakan Cecair Pencuci Tangan Dettol.

“Pulang ke kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga daripada kuman. Dettol berharap untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha kami untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang kerisauan.”

Mengekalkan tabiat kebersihan yang baik penting untuk memerangi kuman yang terdedah pada persekitaran kita setiap hari.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. ‘Suka’ dan layarilah Facebook Dettol Malaysia di www.facebook.com/DettolMalaysia untuk butiran lanjut.


You Might Also Like

0 komen


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page