Persiapan Raya 2018

Tuesday, June 12, 2018

Persiapan Raya | Makin nak raya ni makin sendu je nak update blog. Tak raya pon sendu nak raya ni lagi lah bertambah sendunya. Memang ke laut chins selatan dah perginya. Lepas raya ni kita pulun balik lah. Iyer lah tu kan. Tengok saja lah nanti. Tak nak cerita pasal sendu-sendu. Nak cerita pasal persediaan raya untuk tahun 2018 ni. Baju raya, kuih raya, kasut raya dan semuanya lah. Korang dah settle semua ke Persiapan Raya 2018?


Persiapan Raya 2018


Alhamdulillah kalau dah settle semua. Macam aku ni tak adalah 100% selesai. Ada yang masik tak berapa nak lengkap ni ha. Nak selesaikan melipat kain baju yang dah macam gunung kinabalu tu. Langsir tak pasang lagi. Baju raya anak-anak pon tak sempat basuh ni. Malam ni baru nak basuh. Nak packing baju bajan lagi. Benda yang paling menyampah nak buat. Rasa macam nak angkut jer almari tu. Mana tak nya, packing untuk 6 orang punya baju kan. Kalau packing awal-awal ni senang sikit.

Persiapan raya tahun ni pon biasa-biasa saja. Lebih pada anak-anak. Cuma tahun ni anak-anak tak pakai baju melayu. Tukar style pulak. Pakai Kurta. Lagi pon baju melayu selalunya pakai masa raya. Lepas tu tak pakai dah. Kalau kurta ni senang sikit sebab tak payah nak pakai sampin bagai. Tak payah nak fikir butang baju melayu semua kan. Harga pon murah. Tak ada lah aku nak beli baju budak-budak sampai beratus-ratus harganya. Yang berduit tu boleh lah. 

Baju anak dara pon beli dekat Tesco saja. Harga selepas potongan harga hanya RM14.10. Terkejut jugak lah sebab harga dekat price tag RM29.90. Jimat sangat. Baju aku pon beli dekat kedai-kedai baju dalam Tesco juga, Nak pergi Bangi Sentral, Jalan TAR atau Primavalet sana memang tidak lah. Apatah lagi Fashionvalet. Baju semua mahal-mahal. Tak nak lah membazir. Lagi pon diluar kemampuan aku. Kalau ikutkan nak pakai jer baju lama. Tapi sebab jumpa baju murah, beli saja lah. 

Tudung pon pakai yang lama sudah lah. Bersederhana itu perlu. Tak nak lah nanti biar papa asal bergaya. Lagi pon aku bukan jenis suka beli baju mahal-mahal. Rasa macam membazir pulak. Kalau baju anak mahal tak apa... muahahaha... Alaaa... Setakat Mothercare jer. Itu pon masa sale. Kalau tak sale memang tidak lah nak membeli. Lagi pon baju dia tahan. Brand lain pon bedal jugak. Asalkan mampu poket dan baju tu tak mahal mengalahkan baju orang dewasa.

kuih yang terpaling senang. Florentine Cookies @ Almond Crunchy Caramel 😊

Kuih raya... Ada lah beli sikit buat penambah. Yang buat pon baru 3 jenis. Cukup lah kot 3 jenis. Florentine Cookies buat haritu dapat lah 2 balang setengah. Tapi yang setengah tu dah selamat masuk perut. Lagi 2 bekas tu aku dah siap cellophane tape. Kalau tak mau habis. Sebab sedap kan. Lepas tu buat Honey Nestum Almond Cookies. Ni aku buat separuh. Sebab bahan dah habis. Biskut pon tinggal suku saja. Lepas tu buat Cornflakes Almond Crunchy Cookies. Tengah malam tadi aku gigih membakar. 


Cornflakes Almond Crunchy Cookies. Walaupon kaler tak semenggah. Tapi rasanya tersangat sedap 

Mencabar nak buat kuih bila ada anak kecik ni. Banyak commercial break sebab nak nyusu saja kerjanya. Malam ni ingat nak sambung buat kuih lagi. Harap larat lah. Boleh lah bagi mak dengan mak mertua sikit kan. Yang lain-lain macam kerepek tu dah beli. Cuma nak kena tambah sikit lagi. Kalau nak beli semua kuih memang tak mampu lah. Sebab kuih pon boleh tahan mahal jugak. Isi nya tak seberapa. Baik buat sendiri. Puas hati sebab boleh letak banyak bahan.

Duit raya pon tak tukar. Memang budget betul raya kali ni. Kalau sebelum ni memang tiap-tiap tahun aku ambil advance raya dengan company. Tapi tahun tak ambil. Rasa rugi pulak. Sebab tak ada interest kan. Tapi tak apa lah. Janji tiap-tiap bulan gaji tak tolak untuk bayar advance. Cuti raya pulak macam biasa. Kena ambil awal sebab tadika and nirsery dah tutup awal dua hari. Total cuti raya adalah 4 hari. Lagi pon #teamrayaKL and #teamrayaSELANGOR saja. 

Sekian kisah persiapan raya aku yang tak seberapa ni. Tema baju raya untuk tahun ni pon tema kalerful jer. Kaler apa? Tunggu lah yer. Jalan pon nak nak beransur lengang dah. Orang dah start balik kampung. Nak erja pon dah tak ada mood sebab mood raya dah menebal/ Tak sabar nak cuti jer ni. 

Note: Rasa sedih jer bila Ramadan dah nak meninggalkan kita.. huhu...


You Might Also Like

3 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive