SAFI Shayla SUPA Smooth & Fragrant Shampoo and Leave On Cream

Sunday, June 27, 2021

SAFI Shayla SUPA Smooth & Fragrant Shampoo and Leave On Cream | Woot.. woot… Memperkenal kan produk terbaharu dari SAFI Malaysia iaitu SAFI Shayla SUPA Smooth & Fragrant Shampoo and Leave On Cream. Siapa yang tak kenal dengan produk Safi kan. Antara jenama halal terkemuka dengan rangkaian produk yang terdiri daripada penjagaan kulit, penjagaan diri dan peralatan mandian untuk memenuhi keperluan Wanita dan lelaki muslim dengan gaya hidup moden. Antara rangkaian produk dari Safi yang saya suka sudah semesti nya shampoo lah.


Shampoo SAFI Shayla merupakan shampoo pertama yang dicipta khas untuk si pemakai Hijab dimana ianya dirumuskan dengan Habbatus Sauda. Dan untuk rangkaian produk Safi yang terbaharu ini pula, ianya 11x lebih berkhasiat sehingga menjadikan rambut kekal wangi sehingga 72 Jam walaupon bertudung Dengan SAFI Shayla SUPA Smooth & Fragrant Shampoo and Leave On Cream. 

Safi Shayla SUPA 11x lebih berkhasiat Dengan 11 Essential Oils

Antara masalah Wanita berhijab ni kan, rambut cepat berminyak dan kering. Ini masalah yang saya hadapi. Tapi dengan Safi Shayla Supa ni, ianya best sebab  dilengkapi dengan Teknologi Hydra Seal dimana ia menjadikan rambut anda lebih lembut, licin dan tidak berminyak walaupon bertudung. Menarik kan. Dan yang lagi best nya, SAFI Shayla Supa 11x lebih berkhasiat dengan gabungan 11 Essential Oils yang kaya dengan nutrient. Apakah gabunagn 11 minyak pati yang dimaksudkan nya itu?


Senarai Gabungan 11 Essential Oils Dalam SAFI Shayla SUPA

Antara Gabungan 11 Essential Oils yang terdapat dalam shampoo SAFI Shayla SUPA ialah: 

1) Minyak Bunga Matahari

2) Minyak Argan

3) Minyak Buah Olive

4) Minyak kacang Soya

5) Minyak Bunga Chamomile

6) Minyak Avocado

7) Minyal Jojoba

8) Minyak Bunga Lavender 

9) Minyak Sweet Almond

10) Minyak Macadamia

11) Minyak Dan Rosemary

Gabungan 11 Essential Oils ini lah yang menjadikan rambut anda SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA Ringan dengan wangiannya yang tahan sehingga 72 jam tau. Baunya… Memang wangi sangat. Untuk SUPA Leave On Cream pula merupakan krim tanpa bilas. Lepas dah shampoo rambut tu, anda lumurkan sikit pada tangan dan rata kan krim dari tengah rambut hingga hujung rambut. Krim tanpa bilas ni tujuannya untuk melembutkan rambut dan merapikan rambut.

Sertai Peraduan Whatsapp dan Menang Vespa 


Jom Sertai Peraduan Whatsapp dan Menang Vespa. Sambil beli, boleh join peraduan Whatsapp & Menang dimana Hadiah Utama nya beruap sebuah SUPA Pink Vespa yang bernilai RM17,000 manakala hadiah mingguan sehingga RM1,000 buat pemenang bertuah. Contest bermula dari 1 Julai - 31 Julai 2021. Caranya dengan membeli sebarang produk SAFI Shayla SUPA dengan minimum pembelian sebanyak RM15.00. Mudah kan 😊

Unruk maklumat lanjut mengenai produk dan peraduan, boleh layari website SAFI Malaysia di https://safi.com.my/ dan Instagram SAFI Malaysia di https://www.instagram.com/safimalaysia/


You Might Also Like

1 komen

  1. wah
    macam-macam minyak ada yer
    bagus lah safi shayla nih

    ReplyDelete


Labels

Instagram

Facebook Page