Lindungi Mata Anak-Anak Dari Cahaya Biru Pada Skrin Gajet Semasa PDPR Dengan Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia

Wednesday, August 04, 2021

Lindungi Mata Anak-Anak Dari Cahaya Biru Pada Skrin Gajet Semasa PDPR Dengan Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia | Sejak pendemik yang tak tahu bila nak berakhir, anak-anak dan gejet jadi berpisah tiada disebabkan sekolah masih lagi ditutup. Untuk meneruskan persekolahan, perlaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PDPR) adalah medium terbaik untuk anak-anak terus mendapat Pendidikan. Kesian juga dekat anak-anak sebab belajar secara bersemuka tidak sama dengan belajar secara atas talian. Dengan talian internet yang ada masanya lancar dan ada masa line jadi putus-putus. 


Memandang kan anak-anak saya yang PDPR pon seramai empat orang, memang saya dan suami ada dalam perancangan untuk membeli sebuah lagi monitor untuk keselesaan anak-anak semasa belajar. Mana tak nya, bila kelas anak-anak berlangsung serentak, ada yang kena mengalah dan terpaksa menggunakan telefon bimbit. Mana nak puas kan dengan skrin yang kecik. 

Bila membuat tinjauan, saya tertarik dengan Stylish Monitor with Eye-Care Technology dari BenQ Malaysia sebab ianya mempunyai ciri-ciri dalam perlindungan mata dari sinaran cahaya biru pada skrin gajet. Rasanya ada lagi ibu bapa yang tak sedar yang cahaya biru dari skrin gajet adalah bahaya dan boleh mendatang kan risiko pada mata bila banyak masa anak terdedah dengan skrin.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Cahaya Biru Pada Skrin?

Sebelum saya meneruskan perkongsian mengenai keistimewaan Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia ni, saya nak kongsikan dulu info mengenai bahaya cahaya biru pada mata. Kalau anda nak tahu cahaya biru adalah gelombang cahaya yang memiliki kekuatan yang besar, bahaya dan boleh merosakkan mata dalam jangka masa panjang. Ianya terdapat pada peralatan digital seperti televisyen, komputer riba, PC, telefon pintar, tablet, dan alatan lain yang fungsinya sebagai cahaya buatan untuk menerangi peralatan yang kita gunakan.


Ada kajian mengatakan, jika terdedah pada cahaya biru yang terdapat pada skrin gajet melebihi satu jam sehari, ianya sangat berisiko dan boleh merosakkan saraf mata anak. Kornea dan Kanta Kristalin pada mata mampu menapis sinaran UV dari matahari, tetapi cahaya biru atau Blue Light ini boleh menembusi sampai ke bahagian mata. Antara kesan lain yang boleh kita dapati bila terdedah dengan cahaya biru skrin gajet tanpa kawalan adalah:

1) Mata jadi kering
2) Penglihatan boleh jadi kabur
3) Sakit kepala  
4) Boleh menyebabkan rabun jauh
5) Penyebab kerosakan Retina pada mata

Memang bahaya betul kesan cahaya biru ni pada penglihatan anak-anak. Saya pon baru tahu yang kesan nya agak menakutkan juga. Mula lah perasaan risau membuak-buak bila memikirkan kesihatan mata anak-anak bila terpaksa menghadap PDPR untuk kelas pagi dan petang setiap hari. Sebab tu penting nya kita memilih monitor yang sesuai dan ada ciri-ciri penjagaan mata supaya mata anak-anak tidak terdedah pada cahaya biru seperti Monitor Eye Care Dari BenQ Malaysia. 

Keistimewaan Yang Terdapat Pada Stylish Monitor Eye-Care Technology GW2780T Series

Memang rasa teruja betul bila barang yang ditunggu-tunggu sampai. Berbaloi dan tak rugi kita invest pada benda yang boleh mendatangkan kebaikan pada penjagaan dan kesihatan mata anak-anak. Monitor Eye Care Technology GW2780T Series ini ialah monitor IPS yang bersaiz 27 inci dengan resolusi 1920x1080 dan Aspect Ratio 16:9. Memandang kan saya belum ada CPU lagi. Dalam erti kata lain masih belum mempunyai set computer yang lengkap. 


Ianya tidak menjadi masalah sebab kita boleh connect Monitor Eye-Care ni dengan laptop, tablet, telefon pintar dan boleh juga disambungkan pada android box sebab terdapat HDMI 1.4 / DisplayPort 1.2 / D-sub / Headphone jack. Antara ciri-ciri lain dan keistimewaan yang terdapat pada Stylish Monitor Eye-Care Technology GW2780T Series ialah:

1) Low Blue Light Technology / Teknologi Cahaya Biru Rendah

BenQ telah mencipta dua jenis teknologi yang fungsinya untuk melindungi kesihatan kedua-dua mata kanak-kanak dan orang dewasa iaitu:

  • Teknologi Cahaya Biru Rendah untuk menghilangkan cahaya biru (420 ~ 480nm)
  • Teknologi Ringan Biru Rendah menyaring sinaran berbahaya (420 ~ 455nm) untuk mengurangkan kerosakan sambil mengekalkan kualiti gambar tanpa peralihan warna menjadi warna kuning.

Kalau anda nak tahu, cahaya terbahagi kepada cahaya yang dapat dilihat (420nm ~ 780nm) dan cahaya yang tidak dapat dilihat (cahaya inframerah> 780nm atau cahaya ultraviolet <420 nm). Memandang kan kita hidup dalam dunia teknologi yang banyak menghadap skrin gajet, ia nya membuatkan kita banyak terdedah dengan cahaya biru dan sangat berbahaya bagi mata kerana cahaya yang memasuki retina boleh menyebabkan kerosakan pada mata.

2) Brightness Intelligence Sensor / Sensor Kecerdasan Kecerahan


Terdapat Teknologi Brightness Intelligence pada Monitor Eye-Care dimana BenQ Brightness Intelligence Teknologi dapat mengesan cahaya sekeliling dan menyesuaikan kecerahan secara automatik untuk melindungi kesihatan mata dengan Sensor BI yang kedudukannya terletak pada bahagian depan monitor. Sensor BI ini lah yang akan mengesan cahaya di persekitaran kita. Memang boleh nampak perubahan pada monitor bila pencahayaan di dalam rumah berubah. Tak perlu dah nak adjust kecerahan pada monitor sebab cahaya nya akan bertukar secara automatik. Best kan.


Tapi kalau nak ubah kecerahan pada monitor, anda boleh tekan butang yang terdapat di bawah skrin dan pilih kecerahan mana yang anda perlukan mengikut kesesuaian ketika sedang melayari internet. Tak payah pening kepala sebab Monitor Eye-Care ni dah siap setting tahap kecerahan.


3) Flicker-Free Eye Protection / Perlindungan Mata Bebas Kelipan

Perasan tak, kalau kita menghadap komputer lama-lama kita kurang mengelipkan mata. Ini lah antara punca kepedihan pada mata dan mata jadi kering. Tapi teknologi GW2780T dengan Flicker-Free Eye Protection yang terdapat pada BenQ Monitor Eye-Care mampu mengurangkan tekanan pada mata dan juga keletihan mata dari melihat skrin untuk jangka masa yang panjang tanpa menjejaskan kesihatan mata.

4) Color Weakness Mode / Mod Kelemahan Warna

BenQ telah menawarkan penapis merah dan penapis hijau untuk kekurangan warna merah dan hijau kerana kelemahan warna yang paling biasa adalah kekurangan warna merah (atau protanomali) dan kekurangan warna hijau (deuteranomaly). 


Dengan Mod Kelemahan Warna BenQ, mereka yang mempunyai masalah lemah dengan warna dapat menguraikan carta pai, statistik dan gambar dengan cara yang mudah dan daripada situ mereka dapat menikmati pemandangan dengan warna warna yang dapat dibezakan dengan lebih baik lagi.

5) Height Adjustment Stand (HAS) / Ketinggian Monitor Boleh Laras

Pernah jumpa tak monitor yang boleh dilaras mengikut ketinggian? Ini lah dia antara ciri yang saya suka pada Monitor ni dan pertama kali jumpa monitor yang boleh laras mengikut ketinggian yang dibawakan oleh BenQ bagi memboleh kan pengguna mencari sudut tontonan terbaik dan selesa ketika belajar atau pon ketika bekerja. Nak laras kan pon mudah. Hanya adjust pada belakang monitor dan laraskan ketinggian sama ada nak tinggi atau rendah mengikut keselasan.


Selain ketinggian monitor boleh laras, monitor ini juga boleh dicondongkan, dipusingkan dan juga diputar menjadi portrait. Jadi memang mudah lah untuk anak-anak yang lain menggunakan secara bergilir-gilir sebab ciri-ciri yang ada pada BenQ monitor dapat disesuaikan dengan hanya melaraskan mengikut keselesaan mereka. 

Review Selepas Menggunakan Stylish Monitor Eye-Care Technology GW2780T Series Dari BenQ Malaysia

Demi menjaga kesihatan dan keselamatan mata anak-anak dari cahaya biru atau blue lights, bagi saya ianya amat berbaloi untuk setiap parent memiliki monitor ni. Tak salah melabur pada barang yang mendatangkan kebaikan pada kita khasnya pada anak-anak sebab fungsi mata amat penting. cahaya biru ni berbahaya bila kita terdedah dengan skrin gajet telalu lama. Selagi sekolah belum di buka, selagi itu lah anak-anak akan terdedah dengan cahaya biru bila terpaksa menghadap PDPR memandangkan sekolah pon belum tahu bila akan di buka.


Sejujurnya selepas menggunakan Stylish Monitor Eye-Care Technology GW2780T Series Dari BenQ Malaysia ni saya rasa sangat berpuas hati. Lebih-lebih lagi dengan ciri-ciri yang terdapat pada monitor. Dengan skrin nya yang besar, paparan pada skrin terang dan jelas serta keistimewaan nya yang ada untuk fungsi penjagaan mata. Tak perlu risau dah kalau anak-anak nak melayari internet. Selain digunakan oleh anak-anak, saya juga menggunakan monitor ini untuk membuat kerja-kerja pejabat memandangkan masih lagi bekerja dari rumah. Puas hati bila buat kerja mengguna kan skrin yang besar ni.

Monitor ni kalau dijadikan sebagai TV pon bagus sebab ianya boleh disambungkan pada Android Box atau Unifi. Memang best layan movie sebab skrin nya yang besar dan terang. Biar semua dapat manfaat dari teknologi cahaya biru rendah dan kesihatan mata pon terjamin. 

Warranty Dan Pembelian

Tak perlu diragui lagi dengan kelebihan produk Monitor Eye-Care Technology GW2780T Series Dari BenQ Malaysia ini sebab ianya memang berkualiti tinggi, harga berpatutuan dan dilengkapi dengan jaminan selama 3 tahun dengan On-Site Pickup service. Kalau anda berminat untuk mencuba, anda boleh membeli di kedai rasmi BenQ di Lazada dan juga Shopee.

Saya berharap dengan perkongsian ini dapat membuka mata ibu bapa diluar sana yang masih tercari-cari monitor yang sesuai bahawa pemilihan monitor yang mempunyai ciri-ciri Teknologi Cahaya Biru Rendah adalah sangat penting untuk kesihatan mata anak-anak. Kalau nak tahu maklumat lanjut atau pertanyaan dan pembelian, boleh layari laman web di bawah ni:


Website: BenQ Malaysia
Facebook: BenQ Malaysia


You Might Also Like

13 komen

  1. Wah, besaqnya monitor! Mmg puas hati klau pdpr mcm ni,

    ReplyDelete
  2. Yup..skrg ni memang kena jaga mata..anak dok depan monitor je skrg utk belajar, mmg penting ada alat ni

    ReplyDelete
  3. Produk yang sangat menarik untuk diletakkan di screen monitor anak ni. Boleh la dia belajar dengan tenang dan tak silau mata.

    ReplyDelete
  4. This is great, especially nowadays memang banyak berdepan online kan. Untuk yang dewasa ok tak?

    ReplyDelete
  5. Eye care monitor memang bagus untuk anak-anak dan mak ayah juga kan? Zaman IT ni memang semua suka mengadap screen, ada eye care monitor ni kurang sket masalah mata.

    ReplyDelete
  6. Kalau pakai spek anti blue-light tu kadang-kadang anak tak konsisten pakai. Kdg lupa. Monitor macam ni lagi best kan

    ReplyDelete
  7. BenQ Screebar E-Reading Lamp is great for all of us since we everyday facing monitor now kan. tq for recommend

    ReplyDelete
  8. Ramao review monitor ni. Memang bagus utk kesihatan mata kit sekeluarga. Kadang-kadang tanpa sedar dah berjam-jam duduk depan pc.

    ReplyDelete
  9. bagus ni..especially time pandemik ni memang anak kita almost masanya di depan skrin.. jadinya ada benQ ni boleh tolong atasi mslh penglihatan

    ReplyDelete
  10. Betul3x. Kena jaga mata sekarang ni sejak PKP anak-anak memang ngadap laptop phone aje. No choice. Nak kena ada satu kat rumah macam ni kannn? Huhuuu

    ReplyDelete
  11. bagusnya skrin macam ni rasanya bukan setakat kanak-kanak, tapi semua golongan perlukan teknologi macam ini. kita nak pakai lama mata tu kan hahaa

    ReplyDelete
  12. Bagus ni, i pun nak cari kan satu monitor baru yang boleh lindungi mata saya.

    ReplyDelete
  13. Ciri-ciri yang ditampilkan oleh BenQ Screenbar Reading Lamp ni nampak menarik dan sesuai dengan keperluan kita di masa kini... teringat pula masa mula-mula menggunakan komputer zaman 90-an dulu, siap ada tabir macam langsir untuk mengelakkan mata pandang straight kat monitor... semoga dengan penggunaan produk BenQ ini dapat mengurangkan kerosakan mata...

    ReplyDelete


Labels

Instagram

Facebook Page