Program Percuma RichWorks ‘Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0’ Anjuran Dr Azizan Osman Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Covid-19

Thursday, August 26, 2021

Program Percuma RichWorks ‘Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0’ Anjuran Dr Azizan Osman Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Covid-19 Ӏ Pandemik Covid-19 yang melanda negara dan juga dunia sejak ianya bermula pada tahun 2020 banyak memberi kesan yang mendalam buat semua. Nak masuk dua tahun pendemik berlaku menyebabkan bukan sahaja emosi terjejas malahan perniagaan turut terjejas secara tidak langung memberi tekanan yang hebat buat mereka yang menjalan kan urusan perniagaan. Lebih-lebih lagi bila hasil pendapatan dari perniagaan merupakan sumber utama untuk menampung perbelanjaan harian dan keluarga.  


Kesan Pandemik Terhadap Dunia Perniagaan 

Impak dari pendemik ni menyebabkan banyak perniagaan yang terpaksa ditutup, peniaga gulung tikar dan ramai juga yang hilang pekerjaan sejak PKP 1.0 bermula dan berlarutan sehingga PKP 3.0 pula sekarang ni. Paling terkesan adalah golongan B40, perusahaan mikro dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Cabaran yang besar buat usahawan yang hilang sumber pendapatan untuk kelangsungan hidup. Bila mendengar luahan seorang kawan yang terpaksa berhenti kerja bila syarikat terpaksa ditutup atas sebab kerugian mengundang rasa simpati yang tinggi. Untuk membantu suami dalam menambah ekonomi keluarga, kawan saya ni mula berniaga dari rumah. Memang macam-macam dia jual.

Tai nak memulakan perniagaan bukan lah satu perkara yang mudah. Modal kena ada, Mental dan emosi kena kuat sebab dunia perniagaan ni banyak saingan nya. Kena juga ada ilmu dan belajar macam mana nak mantapkan perniagaan. Banyak juga seminar-seminar perniagaan yang dianjurkan untuk membantu usahawan dalam perniagaan. Antaranya RichWorks International Sdn Bhd yang diasaskan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. Kalau anda nak tahu, ada program percuma ‘Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0’ anjuran Dr Azizan Osman dalam usaha untuk membantu usahawan yang terkesan dengan Pendemik Covid-19.

Tujuan Program Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0

Program ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 27 – 29 Ogos 2021 khas untuk usahawan dan mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan serta ingin menjana kewangan berganda dengan solusi bisnes dan pemasaran online. RichWorks adalah penganjur yang paling memahami lanskap peniaga tempatan dan sasaran pasaran kerana pengalaman mereka selama 13 tahun. Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International, Radz Mohd:

“RichWorks International mahu terus menyokong usahawan termasuk orang ramai untuk melihat peluang baru bukan saja dapat jana pendapatan dan bertahan malah menyaksikan peningkatan bisnes melalui ilmu, strategi yang terbukti berjaya.”

Memang rugi kalau tak turut serta dalam program ni sebab seperti yang kita sedia maklum, harga seminar Dr Azizan RichWorks makan kos ribu-ribu juga tau. Tapi untuk ‘Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0’ ni kos nya adalah percuma kerana RichWorks nak bantu ramai orang untuk berjaya dalam perniagaan. Kalau nak tahu, program-program percuma ini sebenarnya dah dibuat sejak tahun lalu oleh Datuk Azizan Osman bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lagi. Setakat ini RichWorks sudah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta peserta dan usahawan hingga berjaya melihat perubahan hidup mereka sejak tahun 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online. Memetik kata-kata Datuk Wira Dr Azizan Osman:

“Benda yang paling berikan kita kekuatan adalah bila melihat orang yang hidup susah, dengan izin Allah melalui ilmu sedikit sebanyak kita berikan, membuatkan hidup mereka (usahawan) berubah."

“Malah bukan setakat hidup berubah, mereka bagi manfaat pula kepada orang lain, boleh bayar zakat, bayar cukai melibatkan bukan seorang tapi ramai sebegitu.”

Apa Yang Bakal Dipelajari Dalam Program Percuma Ini?

Sejak pendemik berlaku, memang saya perasan perniagaan online mula melonjak naik. Ramai yang menjana pendapatan dengan memulakan bisnes secara online tak kurang juga yang beralih bisnes sedia ada dari norma lama kepada bisnes online. Tapi macam mana nak tahu strategi menggunakan online dan digital supaya mendapat pulangan yang lebih pantas? Apa yang dimaksudkan dengan zero kos marketing dan macam mana nak kuasai sosial media? Ok… Dalam Program kempen bangkit dr azizan Osman, apa yang bakal dipelajari dalam program percuma Ini adalah:

  1. Memahami kenapa digital adalah lubuk emas peniaga dan usahawan era pandemic
  2. Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih kea rah digital 
  3. Pelajari strategi digital yang boleh buat duit sekarang
  4. Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan anda
  5. Mengenali platform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnens sekarang
  6. Case Study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya uba cara berniaga dari norma lama kearah digital 
Menarik sangat kan input yang akan di kongsikan dalam program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 ni. Rasa macam tak percaya juga bila ada program yang kos nya menceceah ribuan ringgit ni di buat secara percuma. Tapi ada juga yang memandang sinis bila mengatakan yang program FREE ni sebenarnya nak pancing orang ramai supaya sertai program berbayar Datuk Wira Dr Azizan Osman. Mula-mula percuma, lepas tu mereka cadangkan masuk program itu ini, bayaran nya bukan kecik² anak. Jerung pun boleh meninggal. 

Pemikiran macam ni memang tak patut ada kalau nak berjaya dalam perniagaan. Berbayar salah percuma pon salah. Yang tak pernah ikuti program kempen bangkit richworks mungkin tak nampak impak dan kesan nya berbanding mereka yang sudah berjaya bangkit bila perniagaan menunjukkan perubahan dan peningkatan selepas menyertai program-program percuma ini. Antara anak murid yang berjaya mendapat keuntungan jutaan ringgit setahun dari hasil didik Dr Azizan Osman adalah Aizat Zulhailie.

Jual Char Kuey Teow Bawah Pokok Kini Menjadi Restoran Terbesar Di Port Dickson: Rahsia Kejayaan Aizat Zulhailie

“Bermulanya sejarah King's Char Kuey Teow adalah di bawah pokok di Batu 4 Jalan Pantai Port Dickson dan di bawah pokok itulah punca pendapatan kami beberapa tahun yang lepas. Sekarang, segala-galanya berbeza. Perniagaan ini bukanlah satu sukan lumba lari biasa tetapi ianya adalah sebuah marathon yang panjang dan memerlukan tenaga. Lagi jauh kita pergi, lagi banyak tenaga dan sokongan diperlukan. Alhamdulillah, kini sudah 10 tahun perniagaan ini ditubuhkan dan berkembang di bawah bimbingan RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Terima kasih atas bimbingan dan sokongan ini.”

Antara testimoni yang dikongsikan sendiri oleh peserta yang berjaya bangkit iaitu Aizat Zulhailie. Jual Char Kuey Teow bawah pokok kini menjadi Restoran Terbesar Di Port Dickson. Menurut Aizat Zulhailie, beliau dikenali di sekolah sebagai Ijat Burger bila mula membantu ibunya berniaga burge di tepi jalan port Dickson. Itulah permulaan beliau menguruskan wang berniaga secara kecil-kecilan. Beliau beralih dengan berniaga Char Kuey Teow pada usia 23 tahun

Belau belajar berniaga secara serius melalui kelas bimbingan RichWorks pada tahun 2016. Peluang menimba ilmu yang diberikan ternyata tidak disia-siakan oleh beliau. Semua ilmu pemasaran dan bina diri digunakan sebaik mungkin. Hari ini terdapat lebih 20 buah papan tanda King's Char Kuey Teow di jajaran jalan raya menghala ke Port Dickson. Jika dahulu, hanya beliau, steri dan seorang staf yang menguruskan gerai kecil King's Char Kuey Teow. Hari ini, beliau sudah pun mempunyai 60 orang staf yang dianggap sebagai team berharga oleh beliau sendiri.


Kejayaan nya tidak terhenti di situ bila King's Char Kuey Teow tercatat di The Malaysia Book Of Records sebagai The Most Cooked Char Kuey Teow In One Hour pada tahun 2019 serta keuntungan pendapatan pada ketika itu kira-kira RM4.98 juta setahun. Mana tak nya, beliau pernah menjana jualan sehingga RM44,000 satu malam. Memang sangat terinspirasi bila baca perkongsian dan kejayaan pengusaha King's Char Kuey Teow ni. 

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital

Dalam dunia pemasaran marketing, pentingnya usahawan-usahawan dan juga mereka yang baru nak mencuba nasib dalam bidang perniagaan menggunakan online dan social media yang ada sebagai platform dalam memperkenalkan perniagaan dan produk jualan untuk menarik lebih ramai pembeli sebab rata-rata pembeli sekarang ni menggunakan medium online untuk membeli belah memandang kan pandemik Covid-19 ini belum ada tanda-tanda untuk berakhir dalam jangka waktu terdekat ini. 


Dalam program ni Datuk Azizan Osman nak memperkuatkan online business supaya mereka yang menceburi bidang perniagaan ni dapat mencapai target yang di impikan kerana perniagaan secara atas talian atau ‘DIGITALpreneur’ ni dapat memberi pulangan yang berlipat kali ganda. Dalam erti kata lain, orang boleh buat/dapat duit lebih banyak dengan perniagaan online. Kalau tengok dekat Telegram dan Facebook Dr Azizan Osman, ada sahaja aktiviti setiap hari dalam memberi ilmu, panduan, perkongsian daripada usahawan-usahawan dan tidak terkecuali dari pengasas RichWorks International Datuk Dr Azizan Osman sendiri. 


Jadi… Apa tunggu lagi. Jom lah sertai dan nilai sendiri perkongsian dan ilmu PERCUMA yang akan dikongsikan pada 27-29 Ogos 2021 ini dalam Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, anda boleh layari pada pautan link dibawah:


You Might Also Like

0 komen


Labels

Instagram

Facebook Page