Usahawan Batang Buruk Hedy’s Bakal Kongsi Rahsia Raih Jualan RM1 Juta Sepanjang PKP Dalam Program Titan Summit 2021

Monday, September 20, 2021

Usahawan Batang Buruk Hedy’s Bakal Kongsi Rahsia Raih Jualan RM1 Juta Sepanjang PKP Dalam Program Titan Summit 2021 | Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Bagi saya pepatah ini sangat sinonim dengan mereka yang sedang berjuang dalam perniagaan atau yang sedang bangkit untuk berjaya dalam perniagaan. Sejujurnya… Berniaga ni bukan lah suatu perkara yang mudah. Nak wujudkan minat berniaga untuk orang yang tak pernah atau pandai berniaga ni agak susah juga sebab macam saya sendiri, ada juga cuba menceburkan diri dengan menjual beberapa produk. Mula-mula rasa seronok bila dapat hasil. Tapi lama-lama rasa macam susah sebab banyak benda yang kita kena buat untuk tarik orang ramai beli produk yang kita jual. Mungkin sebab saya bekerja sepenuh masa, tumpuan lebih tertumpu kepada kerja hakiki. Jadi nya tak ada masa sangat nak promosi hasil jualan. Alasan sangat kan. 


Bagi saya berniaga ni kena ada minat yang mendalam. Kena ada matlamat, perancangan, ketelitian, kesabaran dan semangat yang tinggi. Sebenarnya minat tu boleh dipupuk, tapi mungkin makan masa sikit lah untuk orang macam saya ni kan. Bila tengok kejayaan usahawan-usahawan yang mampu meraih pendapataan jutaan ringgit terutama usahawan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana) ni, saya rasa kagum sangat. Kagum sebab tak sangka industri PKS boleh menjana hasil yang lumayan kalau diusahakan dengan sebaiknya. Paling tak sangka, jual kuih Batang Buruk pon boleh raih pendapatan berjuta. Tak percaya? Nah… Batang Buruk Hedy's buktikan kuih tredisional mampu tandingi kuih moden zaman sekarang.

Bekas Penjawat Awam Kini Bergelar Pengasas kepada Hedy’s International Sdn Bhd (Batang Buruk Hedy’s)

Siapa sangka kan, bekas penjawat awam kini bergelar pengasas kuih tradisional Hedy’s Batang Buruk. Merupakan anak murid Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia iaitu Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Puan Nor Hedayah Kaulan dahulunya merupakan seorang Penjawat awam dengan gred yang agak tinggi di sebuah jabatan kerajaan ini tekad berhenti kerja demi untuk menumpukan perhatian nya pada perniagaan kuih Batang Buruk Hedy’s yang diusahakan. Menyorot Kembali bagaimana suka duka beliau dalam perniagaan, semuanya bermula selepas beliau menyertai satu program buat pertama kalinya pada tahun 2016 iaitu Intensif Magnet kekayaan & Kejayaan (IMKK) anjuran Dr. Azizan Osman.

Pada mulanya beliau rasa ragu-ragu untuk sertai program tersebut disebabkan pelbagai cerita negative tentang Dr. Azizan Osman pada Ketika itu. Ialah… Bila dengar cerita tak best mengenai founder program, hati memang rasa nak tak nak je pergi. Tapi bila merasakan keyakinan diri masih kurang untuk memulakan perniagaan. Lebih-lebih lagi dalam perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan perancangan kewangan, perasaan ragu-ragu beliau tolak tepi demi ilmu yang ingin dituntut.


Menurut Puan Hedayah, beliau telah menjual bermacam-macam produk yang beliau sudah cuba untuk mencari pendapatan sampingan. Tapi masih belum nampak hasilnya. Mungkin sebab ilmu dalam marketing masih kurang, sekali lagi beliau sertai program Intensif Magnet kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada tahun 2018. Puan Hedayah mula belajar apa itu marketing dan bagaimana teknik marketing yang betul. Dalam program ini juga Dr Azizan memberi saranan pada Puan Hedayah untuk memfokuskan pada satu produk sahaja.

Jualan Meningkat Kepada 7 Angka Selepas Fokus Kepada Hedy’s Batang Buruk

Selepas memfokuskan pada perniagaan kuih Batang Buruk, Puan Hedayah mula meraih jualan sehingga mencecah 6 angka dengan operasi perniagaan dirumah dan mempunyai 2 orang pekerja sahaja. Bagi menumpukan perniagaan yang semakin maju, Puan Hedayah mula buat keputusan untuk berhenti kerja. Satu keputusan yang agak merisiko kan juga sebab Puan hedayah tiada simpanan walaupon buat bisnes. Sekali lagi beliau mencari dan menambah ilmu dengan sertai program mentoring SPIRE pada 2019 dari RichWorks Academy pula demi untuk mensasarkan jualan RM1 juta pertamanya.

Berjaya Harungi Cabaran Bisnes Ketika Pendemik Sehingga Raih Jualan RM1 Juta Sepanjang PKP


Bermula pada tahun 2020 sehingga 2021, selepas menyertai program-program SPIRE dan TITANUIM demi untuk mengembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi anjuran Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Alhamdulillh… hasil jualan mula menampakkan peningkatan sebanyak RM100,000.00 sebulan. Dan paling mengembirakan, perniagaan kuih tradisional Batang Buruk Hedy’s berjaya mencapai jualan yang disasarkan iaitu RM1 juta pertama nya pada tahun 2020 dan pencapaian jualan terus meningkat lagi pada tahun 2021 dengan 7 angka juga. Dari keuntungan tersebut, beliau mampu memiliki sebuah pejabat dan menggaji ramai pekerja serta mendaftarkan perniagaan dari Enterprise kepada SDN BHD.


Bayangkan semasa Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) dilaksanakan, Puan Hedayah antara yang terkesan setelah perniagaannya mengalami kerugian yang agak besar. Sewa premis yang perlu dilunaskan. Gaji pekerja yang perlu dibayar setiap bulan. Tapi berkat ilmu yang dipelajari dalam program-program yang disertai, beliu dapat harungi cabaran dengan tenang. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan jika ada keinginan, tekad dan kesungguhan untuk berjaya harungi cabaran bisnes Ketika berlakunya pendemik.


Bermula pada tahun 2021, Puan Hedayah akan memfokuskan penguasaan perniagaan online dan media masa seperti TV dan Radio untuk menaikkan dan membina lagi branding. Selain daripada itu, beliau turut focus untuk merekrut dan melatih ejen sedia ada serta mula membina team dalaman sendiri supaya perniagaan lebih berkembang. Pada masa yang sama beliau turut memperbaiki diri dalam skill leadership bagaimana untuk menguruskan ejen dan staf. 

Perkongsian Jatuh Bangu Usahawan Dalam Program Titan Summit 2021 10X Bina Bisnes Berjaya

 
Rasa teruja sangat bila baca kisah kejayaan kuih tradisional yang mampu meraih jualan jutaan ringgit hasil dari usaha pebgasas, Puan Hedayah Kaulan. Kalau dengar perkongsian yang bakal dikongsikan oleh 100 usahawan jutawan dari pelbagai industri lagi bersemagat nak berniaga agaknya. Kalau nak tahu, 100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia. 


Jom dengar dan nilai sendiri perkongsian dan ilmu dari usahawan-usahawan ini bagaimana mereka bangkit dan berjaya mengharungi cabaran bisnes ketika pandemik serta bagaimana mereka berjaya membangunkan bisnes hingga mampu menghasilkan jutaan ringgit dan tetap kukuh walaupun diuji. Program Titan Summit 2021 10X Bina Bisnes Berjaya yang akan bermula selama 3 hari pada 24-26 September 2021 ini berlangsung secara virtual yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks dan ianya adalah percuma. Jangan lepaskan peluang ini dan jom lah mendaftar. Untuk maklumat dan pendaftaran, anda boleh layari pada pautan link dibawah:

Titan Summit 2021 10X Bina Bisnes Berjaya


You Might Also Like

2 komen

  1. Kagum betul Marsha. Hanya fokus jual kuih batang buruk je mampu catat jualan 7 angka. Hebat sangat.

    ReplyDelete
  2. Terinspirasi betul dgn kejayaan kejayaan diaorang ni. Seronok ! Rasa nak berniaga jugak

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive