UPKK 2021 | Tahniah Qahirah

Friday, December 31, 2021

UPKK 2021 | Tahniah Qahirah. Penutup tahun 2021 yang sangat mengembirakan. Bila Ustaz share dalam WhatsApp group kata 28/12/2021 bersamaan dengan pukul 11.00 pagi keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) akan keluar dan semakan keputusan boleh dibuat di laman web Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI), tiba-tiba saya rasa teruja dan dalam masa yang sama turut rasa debaran nya juga. Anak apatah lagi kan. Kebetulan pagi tu ada appointment dengan Dentist. On the way tu, saya cuba lah masuk website yang ustaz dah share, Allahu… tak boleh tembus pula link nya. Loading memanjang. Mungkin sebab ramai parent’s yang nak masuk website, tu yang website jadi hang. Tak apalah, kita cuba masa lain pula.


Memang banyak kali juga try, tapi tak boleh tembus line. Pakai HP tak boleh, pakai laptop pon sama. Try pakai SMS pula, entah apa masalah dengan line sebab message not sent. Haishhh… geram pon ada. Minta tolong husband try SMS petang semalam. Tak masuk juga SMS nya. Rasa tak puas hati, WA adik ipar pulak minta tolong dia masuk laman web SIMPENI, masih tak boleh. Dari pagi 28/12/21 sampai tengah malam cuba, masih gagal. Pagi-pagi lepas subuh try check lagi, boleh masuk website, tapi loading memanjang nak tunggu result keluar. 

Ramai juga yang complain website susah nak tembus. Keluar website not found. Seronok baca kawan-kawan share result anak masing-masing. Yang kita ni masih tertunggu-tunggu lagi. Qahirah pon asyik tanya bila boleh dapat result dia. Ibu pon tak boleh nak jawab apa dah. Lepas tu officemate share link, suruh try buka pakai Laptop sebab dia try link tu cepat dapat. Buka pakai laptop, loading. Try buka pakai HP, Alhamdulillah… berjaya tembus. Berdebar-debar nak tunggu result terpampang dekan skrin HP. 


And Finallay selepas lebih 24 jam mencuba… Mamamg menguji kesabaran betul. Penantian memang satu penyiksaan. Alhamdulillah… Result dapat 7A 1B. Tahniah to my one and only princess, Qahirah Binti Husaini atas kesungguhan dan usaha. Speechless juga tengok result dia. Ibu pon tak letak kan high expectation sangat. Sebab tahu cabaran pembelajaran secara online ni. Mostly memang online class saja. Dengan tak ada kelas tambahan nya lah. Sangat mencabar bila Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) ni dengan line internet yang ada masa tak berapa nak lancar. 

Terus WA ustaz. Excited sangat sampai titik, koma pon tak ada. Pening ibu baca 😂

Lagi pon format exam UPKK di Negeri Sembilan ni lain. Peperiksaan di jalankan secara lisan. Diorang kena face to face / bersemuka dengan Ustaz / Ustazah. Macam interview. Ustaz / Ustazah tanya soalan, murid kena jawab. Bukan exam jawab atas kertas atau pon secara online tau. Target Qahirah 8A, tapi dapat 7A 1B ni pon dah cukup bagus kakak. Ibu bangga sangat dengan awak. Tak apa tak capai target. Awak dah cuba yang terbaik. Boleh cuba lagi tahun depan untuk dapatkan 8A pula. 

Secara jujurnya, saya tak ada guide apa langsung pon. Kerja sekolah semua dia buat sendiri. Kalau tak faham, saya suruh refer internet atau buku. Cuma saya selalu remind dia baca buku Nota Padat UPKK je lah. Asal tanya dah baca buku ke belum? Jawapan dia sudah. Sebab saya macam tak nampak dia baca buku… hehehe… Tu yang rasa macam tak percaya tengok result. Mungkin dia lebih concentrate masa online class agak nya. Teima Kasih Ustaz / Ustazah SK Desa Jasmin atas ilmu, bimbingan dan tunjuk ajar yang di beri sehingga anak kami berjaya dalam peperiksaan.


Tahniah juga buat anak-anak yang berjaya dengan cemerlang dalam UPKK. Ukuran kejayaan juga tak boleh di ukur dengan berapa banyak nya A. Kena seimbangkan dengan Akhlak, Akidah, Adab dan juga Agama yang paling utama. Semoga kita dapat mendidik anak-anak dengan didikan agama yang cukup untuk bekalan mereka menempuh hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran sekarang ni. 

You Might Also Like

2 komen

  1. Sama je format UPKK tahun ni untuk seluruh negara Fiza.. semua secara oral.
    Tahniah untuk Qahirah (sedap nama anak)

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive