Diskaun 80% Untuk Baju Renang Bayi Dan Kanak-Kanak Jenama Cheekaaboo Sempena #MYCYBERSALE
Shopping Monday, October 09, 2017
Diskaun 80% Untuk Baju Renang Bayi Dan Kanak-Kanak Jenama Cheekaaboo Sempena #MYCYBERSALE | Pssttt… Tengah cari baju renang untuk bayi dan kanak-kanak ker? Iyer lah… Cuti sekolah pon dah tak lama lagi kan. Mesti nak bawak anak-anak pergi bercuti sambal mandi-mandi kolam kan. Mestilah nak kena ada baju mandi. Kalau masih mencari lagi, apa kata jom Shopping Baju Renang Bayi Dan Kanak-Kanak Jenama Cheekaaboo Di #MYCYBERSALE. Kenapa kena tunggu #MYCYBERSALE? Sebab Diskaun 80% Untuk Baju Renang Bayi Dan Kanak-Kanak Jenama Cheekaaboo Sempena #MYCYBERSALE ni. Meh nak explain apa itu #MYCYBERSALE.
#MYCYBERSALE Tu Apa?
Bagi yang masih tak tahu, #MYCYBERSALE merupakan jualan dalam talian yang terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) melalui inisiatif Digital Malaysia sebagai pemangkin untuk membangunkan industri eCommerce serta untuk meningkatkan budaya membeli belah dalam talian di Malaysia. Objektif #MYCYBERSALE diadakan adalah untuk menjana permintaan belanja dalam talian dari pengguna, Untuk menggalakkan PKS untuk mengguna pakai eCommerce dalam perniagaan mereka dan untuk meningkatkan pendapatan domestik eCommerce.
Bila #MYCYBERSALE?
Untuk tahun ini, MDEC bekerjasama dengan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) untuk menyusun 2017 buat kali yang keempat yang akan bermula dari 9 hingga 13 Oktober 2017 dengan tujuan untuk mencapai jualan RM300 Juta dengan kempen pemasaran besar besaran untuk meningkatkan pendapatan para usahawan dalam talian. Jadinya… Sila sediakan duit untuk #MYCYBERSALE. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh terjah [www.sushivd.com/MCS] untuk tengok offers dan jenama-jenama lain yang terlibat.
Ok… Dah faham kan. Sekarang ni kita berbalik kepada cerita baju renang pula. Sempena jualan dalam talian terbesar di Malaysia #MYCYBERSALE ni, Banyak jenama-jenama terkenal yang terlibat. Antaranya dari jenama CHEEKAABOO. CHEEKAABOO merupakan jenama pakaian renang khas yang direka untuk keselesaan bayi dan kanak-kanak. Bukan sebarangan baju renang tau sebab ianya merupakan protective swimwear. Boleh tengok kat www.cheekaaboo.com
Kenapa Mesti Beli Baju Renang CHEEKAABOO?
Parents yang masih mencari baju renang yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak saya suggest kan pilih dari jenama CHEEKAABOO sebab pakaian renang mereka menggunakan neoprene yang berkualiti tinggi yang mempunyai sifat penebat dengan memastikan anak-anak sentiasa panas/tidak terlalu sejuk ketika berada didalam kolam atau pon diluar kolam. Ia juga bahan tanpa klorin dan menawarkan perlindungan UV 100% pada kawasan tertutup.
Menarik sangat kan. Kebetulan saya memang tengah tengah cari pakaian renang untuk Iman Harraz. Memang rezeki sangat bila saya diberi peluang untuk mencuba pakaian renang dari jenama CHEEKAABOO untuk Iman Harraz yang berupa Reusable Swim Diaper dan Reversible Sun Hat yang tersangat lah comel. Ianya diperbuat daripada Spandeks (15%) dan Poliester (85%)
Cute kan ☺
Berbaloi beli ni sebab 2 in 1
Cute sangat kan. Ada macam-macam design menarik yang pasti buat anak-anak anda tertarik untuk memiliknya ditambah dengan potongan harga sehingga 80% dan penghantaran pula adalah percuma. Memang sangat berbaloi kalau shopping sempena jualan dalam talian terbesar #MYCYBERSALE ini. Rugi kalau tak grab tau. Kalau anda nak dapatkan pakaian renang yang super duper comel dari CHEEKAABOO dan nak tahu dengan lebih lanjut lagi, boleh layari laman web mereka:
https://www.sushivd.com/cheekaa