Goodbye 2017 Welcome 2018 | Entry pertama untuk tahun baru 2018. Gigih menaip pakai Handphone. Berakhir lah sudah 365 hari yang penuh dengan pelbagai halaman cerita yang berwarna warni. Berapa hari tercatat kenangan manis atau sadis? Berapa hari pula dugaan dan kekecewaan menjentik hati? Anggap lah ia sebagai koleksi sebuah kehidupan untuk dijadikan kenangan sebab tahun baru 2018 menawarkan 365 hari lagi untuk diisi dengan kisah-kisah baru.
Goodbye 2017 Welcome 2018
Ada ker azam yang dah tercapai? Apa azam tahun baru ni? Memang susah bila kita dah ber azam, tapi tak istiqomah dalam mencapai azam yang kita target tu. Macam aku lah. Konon azam nak menabung. Nak buat tabung duit hijau lah. Tabung duit merah lah. Tapi tak tercapai semuanya. Kau dah menabung lepas tu kau pakai duit tu. Nak kena simpan dalam tabung yang tak boleh dibuka gamaknya. Hujung tahun baru pecah tabung gittew kan. Tabung duit syiling jer yang maaih bertahan... Ngeeee... Nampak sangat tak istiqomah nya kan.
Untuk tahun baru ni, kita sambung lah azam yang tak tercapai tu. Boleh ke? Muahaha... Bila baca kisah si pengumpul duit oren boleh mendapat hasil simpanan tahunan sehingga RM12,600 (kalau silap sila betulkan), buat aku rasa.. Woww!! Bagusnya dia. Sangat istiqomah. Tapi kita kena ingat, mungkin dia mampu. Kita ni ikut atas kemampuan sudahlah. Banyak tanggungan kau kot. Minggu ni kau menabung, tetiba datang waktu sengkek, terpaksa jugak korek tabung. Selit jer berapa yang mampu untuk disimpan. Jangan push harder sangat kan. Nanti kau pulak yang stress. Dapat kumpul duit syiling pon dah ok kan... Hehehe..
Untuk blog pulak... Pendapatan blog picisan aku untuk tahun 2017 ni banyak peningkatan dari tahun yang sebelumnya. Satu pembaharuan jugak bila aku berjaya tukar domain selepas dah lama berangan nak ada domain sendiri. Untuk tahun 2018 ni, aku harap dapat tingkatkan lagi sumber pendapatan sampingan dari blog ni dengan lebih tinggi lagi. Dalam keadaan ekonomi yng sangat mencabar ni, kau kena cari jugak sumber pendapatan yang lain dan aku bergantung pada blog.
Selain dari itu, aku cuba mantapkan lagi corak penulisan. Juga nak tingkatkan lagi skill mengambil gambar walaupon hanya dengan sebuah handphone gambar itu di ambil. Nak beli camera mahal mak tak mampu noks. Lagi pon kau bukan selalu pergi event pon... Hehehe...
Ok lah... Last but not least. Penuhkanlah 365 halaman kosong itu dengan kisah-kisah indah. Tulis bab yang paling menggembirakan dalam hidup kita. Kalau ujian datang melanda, ingat... Itu tanda kasihNYA DIA pada kita. Bangkitlah dengan semangat baru. Semoga allah kurniakan kita kesihatan yang berpanjangan dan di luas kan lagi rezeki dizaman yang serba serbinya sangat mencabar poket ni. Semoga tahun baru lebih baik dari tahun yang sebelumnya.
Selamat tahun baru. Bye bye 2017. Welcome 2018.
Note: Esok dah mula rutin baru. Selamat kembali jalan yang sesak