Untuk pengguna WiFi di luar sana, ini ada info yang ingin di kongsikan.
Google Pic.
RANGKAIAN wayarles atau lebih popular dengan panggilan WiFi bukanlah suatu yang asing di negara kita. Setelah lebih 12 tahun Internet diperkenalkan di Malaysia, bilangan pengguna rangkaian yang menggunakan frekuensi radio ini semakin bertambah. Jika dahulu, WiFi hanya terhad kepada pengguna komersil seperti kafe eksklusif dan organisasi, kini ramai pengguna memasangnya di rumah bagi memudahkan mereka melungsuri Internet.
Namun masih ramai pengguna yang tidak melindungi rangkaian mereka dengan ciri keselamatan yang terdapat pada AP atau Access Point. Ini menyebabkan rangkaian tanpa wayar mereka terdedah kepada penjenayah siber - penipu, lanun siber dan pencuri maklumat.
Pernahkah anda terfikir, rangkaian anda yang tidak dikunci boleh digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti seperti menghantar emel ugutan, mencuri kata laluan perbankan dalam talian, menulis blog berunsur subversif serta menggodam laman web organisasi tertentu?
Lebih menakutkan lagi, jika pihak berkuasa mengesan alamat IP capaian Internet anda sebagai punca aktiviti jenayah yang dilakukan, menyebabkan anda menjadi 'pak sanggup' di atas kesalahan orang lain.
Ya!, anda berhadapan dengan risiko ini sekalipun tujuan tidak mengaktifkan ciri sekuriti pada rangkaian anda ialah bertujuan untuk berkongsi akses Internet dengan jiran-jiran anda. Ramai juga yang tidak melindungi rangkaian mereka kerana kekurangan pengetahuan teknikal.
Golongan tidak bertanggungjawab ini lazimnya akan menumpang rangkaian wayarles yang tidak dilindungi - secara automatik membolehkan mereka menyamar seolah-olah pengguna sah pemilik sesuatu rangkaian itu.
Ia tidak ubah seperti mencuri talian telefon, cuma bezanya pemilik tidak akan perasan kerana kebanyakan pengguna rangkaian ini merupakan pelanggan jalur lebar tanpa had. Malah, catatan pada bil bulanan tidak menunjukkan sebarang penggunaan yang luar biasa.
Secara perbandingannya, pemilik rangkaian wayarles rumah di negara-negara Barat lebih menitikberatkan tahap keselamatan rangkaian mereka, menurut kajian yang dijalankan oleh firma sekuriti RSA tahun ini.
Di kota Paris sebagai contoh, 98 peratus daripada pemilik rangkaian WiFi telah melindungi rangkaian mereka. New York pula menduduki tempat kedua dengan 97 peratus manakala London menduduki tempat ketiga dengan 90 peratus. Sungguhpun belum ada statistik khusus yang menunjukkan jumlah aktiviti jenayah siber jenis ini di negara kita, ia tidak bermakna kita semua terhindar daripada ancaman ini.
Salah satu contoh yang wajar dijadikan iktibar ialah kes seorang remaja di Singapura yang menghantar ancaman bom palsu di forum Internet menggunakan rangkaian wayarles jirannya sehingga menyebabkan jirannya yang tidak bersalah itu ditahan pihak berkuasa.
Aktiviti menumpang rangkaian seperti ini begitu popular. Ini kerana penjenayah siber tahu sekiranya ada pihak yang cuba mengesan, jejaknya akan berakhir di rumah pemilik rangkaian tersebut. Sungguhpun pemilik rangkaian WiFi yang tidak bersalah boleh membersihkan nama mereka dengan menepis tuduhan, proses ini mengambil masa yang agak lama.
Di Amerika Syarikat (AS) pula, seorang lelaki berjaya memperdayakan pihak polis apabila melakukan rompakan terancang ke atas sebuah kereta perisai yang membuat penghantaran duit ke sebuah bank. Beberapa hari sebelum itu, Anthony Curcio, 28, telah membuat iklan online dengan menggunakan rangkaian wayarles individu lain bagi mendapatkan sekumpulan orang untuk memakai pakaian yang sama di bank tersebut bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa.
Anthony yang turut memakai pakaian berwarna yang sama seperti diiklankan berjaya melarikan sejumlah wang kerana pihak polis yang bertindak atas maklumat orang awam terkeliru. Ini kerana terdapat sejumlah orang di kawasan bank tersebut pada masa yang sama. Sebagai contoh, sekiranya rangkaian anda digunakan oleh seseorang untuk melakukan penipuan kad kredit (menggunakan maklumat kad kredit individu lain dan membuat pembelian dalam talian), pihak polis boleh merampas komputer anda bagi tujuan penyiasatan dan ini sudah cukup menjadi mimpi buruk dalam hidup anda.
Pengguna yang ingin mengunci rangkaian mereka perlu menggunakan perkakasan wayarles yang dilengkapkan dengan ciri keselamatan seperti WiFi Protected Access atau WPA. Sungguhpun hari ini, terdapat jenis ciri sekuriti wayarles yang boleh digodam, tetapi bilangan individu yang mempunyai kepakaran seperti ini tidaklah begitu banyak dan masih terkawal.
But when in New York City lah ☺☺☺
Daniel Angerer creates breast milk cheese for New York restaurant
Matured for a fortnight, Daniel describes the taste as "Just like really sweet cow's milk. It wasn't like, 'Hey, this is such an amazing cheese.' It's just like, 'Can you use human milk? Yes, you absolutely can!'"
Any customer at Daniel Angerer's restaurant can order his latest creation, obviously for a limited time only.
Daniel Angerer creates breast milk cheese for New York restaurant
Daniel Angerer, head chef at Klee Brasserie in New York, has created breast milk cheese for experimental customers from his wife's excess produce.
This isn't just any cheese... it's breast milk cheese
Daniel Angerer’s lactating wife has given the head chef a brand new ingredient for use in his New York restaurant.
After giving birth to their daughter, his wife produced so much breast milk the pair began to freeze the excess.
This led to Daniel beginning to wonder if he could use the ingredient in his culinary creations (As you do...)
He took his ideas to the kitchen, and has since created his special breast milk cheese.
Matured for a fortnight, Daniel describes the taste as "Just like really sweet cow's milk. It wasn't like, 'Hey, this is such an amazing cheese.' It's just like, 'Can you use human milk? Yes, you absolutely can!'"
Any customer at Daniel Angerer's restaurant can order his latest creation, obviously for a limited time only.
Please don’t click x button without reading. Read it. Very nice mail for people working late night. A fiction...but it's nice to read when u have the time ....kind of scarrrrrry too...
Neha opened his mail box and saw a new mail from new person.
Hi Neha, I see you every night sitting in the office till very late. Don’t you have
friends? Don’t you feel like talking to your roommate? You should not sit very late in the office, this is a genuine advice from me.
Thanks,
Rahul Mehra
----------------------------------------------------------------------------------
After reading the mail, Neha was very angry on the sender. She simply deleted the mail and said to herself “who is he to give me any advice?”. She again got back to her work.
Ntah apa hangin yang datang, tetiba tekak nih terasa nak makan bergedil hasil buatan tangan sendiri plak. Selere pompuan bawak budak kan, lain macam sket, asal teringin jer, mesti nak buat. Kalau terasa nak mkn sesuatu tu, tapi tak tahu nak masak, ke kedai lah jawabnya (^_^). Buah delima jer aku tak dapat lagi nih...huhuhu...
Ok...berbalik kepada cerita bergedil nih, hajat di hati nak buat bergedil ayam, sebab kebetulan masak sup ayam, sekali habis lah plak sup ayam tuh sebab sedap gamaknya. Nak ganti dengan apa erk? Selongkar lah KC, jumpa sardin mackarel Ayamas. Sardin pon sardinlah...try and error. Tapi aku masak dulu sardin tuh, pastu baru gaul dengan bahan² yang lain. Sedap jugak...sendiri masak, sendiri pujilah kan...ahaks...
Tak lah susah pon buat bergedil nih, senang jer rupanya. Lepas nih bley buat lagi, tak payah beli kat kedai dah ☺☺☺
Pssttt...gambo cilok dari Google jer, mekasih yer google. Tak sempat nak snaplah.
Google Pic.
Aku benci betul lelaki yang hisap rokok depan bebudak. Especially yang dah jadi bapa nih. Kalau dah tak tahan sangat nak hisap rokok, pergi lah jejauh, jangan lah hisap depan anak.
Ni citer masa ahad baru nih. Masa cabutan bertuah tu, adalah sepasang somi isteri dengan 2 orang anak duduk kat belakang kami. Anak dia yg sulung dalam 4 tahun dan yang kecik tu dalam setahun. Selamba jer hisap rokok depan anak dia nih. Iman plak betul² duduk depan dorang, aku kat sebelah dah tutup hidung. Tak tahan bau asap rokok yang busuk dan memeningkan tu. Tak sedar ker yang ko tu bawak anak, kat depan ko plak ada anak orang pastu pompuan mengandung duduk depan ko plak tu. Hangin btul aku.
Selfish lah orang macam nih. Tak peka dengan keadaan sekeliling. Sedangkan pelukan dan ciuman dari perokok pon boleh membawa maut kepada kanak², inikan pula asap rokok.
Buat anda² yang kaki hisap rokok tu, especially bapa² & bapa² to be, klo nak merokok tu silalah pergi jauh², janganlah hisap rokok depan anak² atau pon depan pompuan² yang mengandung nih. Kat kotak rokok tu pon dah di beri amaran tentang bahaya rokok nih. Faham² lah yer.
Google Pic.
Peace no war.
Ni pasal citer weekend baru nih. Ada cabutan bertuah sempena menghargai pelanggan² yang sanggup menghabiskan duit beli barang kat kedai perabut kat Bangi nih. Awal tahun aritu kami ada beli set perabut, tak payah lah tulis apa barangnya, dapatlah 2 kupon untuk cabutan bertuah. Hadiah memang hebat², antaranya TV Panasonic Flat SCreen 50 inci, Peti sejuk, Oven, dan banyak lagi lah. Semua brand Panasonic.
Acara start pukul 2.00 pm. Di mulakan dengan silap mata. Lama lah plak, dengan ucapan kata² aluan lagi. Berucap plak amik masa, memula pakai bahasa melayu, pastu bahasa cina plak. 1 Malaysia lah katakan. Nasib dia tak tahu bahasa tamil...klo tak...pengsan nak menunggu. Dah lah cuaca panas.
Bila dah start cabutan bertuah tu, teruja lah memasing. Termasuklah kami, mana tahu sangkut ker satu barang. Tunggu...punya tunggu...nama tak naik² sampailah ke kemuncaknya. Hhhmmmm....memang tak der tuah lah gamaknya. Tapi kan...ada Chinese lady nih, menang sampai 4 cabutan bertuah. Dapat hadiah suma lain². Bertuahnya ko.
Kecewa tu ada lah sket. Tapi rezeki memasing kan. Terfikir gak, kenapalah nama aku tak pernah sangkut dalam acara cabutan bertuah nih, klo dinner tak pernah menang apa² cabutan pon. Kalau org lain, tiap tahun mesti nama naik. Cuma aku pernah menang 2 kali join giveaway/contest. Itupon kat blog jer. Tapi...hadiah masih tak dapat² lagi. Malang Tak bertuah lagi di situ.
Siap gantung banner lagi kat apartment nih. Petang kelmarin balik rumah tengok kat pintu ada surat dari kementerian yang buat banci nih lah mengatakan yg dia ada datang untuk banci. Pastu dia akan dtg balik untuk banci lagi. Apsal lah tak datang weekends, datang weekdays memang lah tak der orang, suma orang bekerja. Nampak gayanya kena buat banci online lah gamaknya. Uols yang SAHM dah kena banci ker?
Sedikin info mengenai banci:
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.
Banci yang lalu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Pelaksanaan Banci 2010 telah diluluskan oleh kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 April 2009 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 juta bagi tahun 2010. Banci kelima ini akan dilaksanakan pada Julai 2010.
Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.
Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010.
Kalau uols nak tahu lebih detail, bley baca kat SINI. Bak kata cousin hubby, dorang buat banci ni bukan nya apa, nak tahu penduduk Malaysia ni banyak mana sebab duit kat Bank cepat sangat habis...muahahahaha...apa punya statement daaa (^_^). Duit kat bank banyak habis pon sebab apa?....lu pukirlah sendiri.
- Tak bley nak baca blog uols sebab loading lembab nak mampus dari pagi tadi.
- Bila dah dpt baca blog uols, tak bley nak comment plak, trus kluar connection error. Dah lah nak loading sket punya lama, bila dah dpt tak bley nak comment plak.
- Nak reply comment pon tak bley.
- Nak buat entry baru amik masa setengah jam nak loading. Ada banyak nak citer nih.
Tu jer lah. So sorry tak dapat nak drop comment kat blog uols & klik iklan² untuk site income (^_^). Entry uols menariks² plak tu utk di comment. Esok aku terjah balik.
Phewwwww...tenet problem plak, dari pagi tadi, slow tahap gaban sampailah skang nih. Ok...berbalik kepada cerita.
Lunch smalam member² office buat surprise, ada Birthday Cake plak. Terharu mak noks, malu pon yer bila dorang nyanyi lagu Happy Birthday ramai².Beberapa keping gambar yg berjaya di tangkap menggunakan camera HP ☺☺
Thank you so much to my dear colleague sebab susah² belikan cake (^_^), terasa diriku begitu berharga di hargai.
Cuba lihat 3 titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan
pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah. .
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..
Aku dah try, memang akan nampak kalimah allah nih. Uols nampak tak? Kalau uols tak bleh nampak, memang lah mata uols kelabu...ahaks...gurau jer ☺☺☺
Hari ni usiaku bertambah lagi. Syukur Alhamdulillah...masih di beri peluang untukNYA bernafas di muka bumi ini bersama keluarga tersayang. Semoga aku di beri kekuatan dan semangat yang tinggi untuk menempuhi segala cabaran dan dugaan yang mendatang dariNYA, di kurniakan kesihatan yang baik, di panjangkan usia, di murahkan reseki dan semoga di berkati hidup dunia dan akhirat...AMIN
For hubby, thank you so much for da wish & kiss. To FB friends and colleague too. Untuk En. Azaruddin, my x-boss...pagi² dah hantar message for birthday wish, terharu you (^_^)...♥♥♥♥♥♥♥♥ uolssssss.
Sekadar berkongsi info. Tak taulah sejauh mana kesahihannya. Dapat dari email.
Salam,
Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".
Siapa tau lagi nih? ☺☺☺Silalah nyanyi.
"We’re going on a trip in our favorite rocket ship
Zooming through the sky, Little Einsteins
Climb aboard, get ready to explore
There’s so much to find, Little Einsteins
We’re going on a mission, start the countdown
5, 4, 3, 2, 1
Everyone to rocket, rev it up now
RRRRRRRRRRRRRRR
We’re going on a trip in our favorite rocket ship
Zooming through the sky, Little Einsteins
climb aboard, get ready to explore
There’s so much to find, Little Einsteins
come On - Let’s Go - Little Einsteins
We need you, Little Einsteins - Yeah"
Salah satu favourite DVD yang Iman suka tengok selain Magic English & Upin Ipin. Bukan iman jer yang layan, ibu & abah pon layan gak tengok DVD LE nih. Especially lagu nya, best (^_^)
Plot Summary:
invites preschoolers to blast off on thrilling, music-filled journeys to real-world destinations where they'll solve important missions and have fun learning along the way.
This one is kind of the "origin" of Little Einsteins--where Rocket came from, and how the team came together. We meet Leo, who's the leader of the group and likes to conduct; his sister Annie, who likes to sing; June, a dancer; and Quincy, who plays instruments. This episode is basically introducing the concept--that the Little Einsteins get a "mission," and in this case that mission is finding a home big enough for Rocket. Rocket kind of has the personality of a puppy, all happy and wiggly--but is also a perfect flying minivan, stocked with snacks, toys, and musical instruments. The kids (both the Little Einsteins and your own) help Rocket power up by patting their knees to the beat of music, and then raise up their arms and yell "Blast Off!" to take off.
Pros: Fun adventures, educational, nice characters, a "safe" show for kids...
Cons: None.
The Bottom Line: We're going on a trip in our favorite rocketship...
Recommended: Yes
Google Pic.
Lately kerap terjaga tengah² malam. Pastu tak bley tidur. Malam tadi tetiba heartburn menyerang...ya allah! kejap² aku duduk, nak bagi sendawa, pastu baring balik. Tetiba rasa nak muntah plak. Bangun lagi. Tak lena tidur di buatnya. Penangan semalam pon yer gak nih. My SIL ada hari kantin kat sekolah, lepak dari pukul 11.00 am - pukul 2.45 pm, dengan hujan lebatnya lagi. Pastu petang gi Shah Alam, melawat Makcik hubby yang sakit. Travel dari Gombak - Shah Alam - Gombak, dah amik masa 2 jam pergi balik. Pastu balik Bangi plak dalam 40 minit. Sampai rumah pukul 11.00 pm. Naik kematu punggung haku dok dalam keta.
Pagi ni rasa mengantuk sesangat, di tambah plak hari senin...hari malas. Tido tak cukup. Penat sangat pon yer gak nih. Kepala plak dah start pening² lalat...huhuhu...
Slot drama kat TV3 yang tengah hangat skang ni. Tiap² minggu mesti tunggu citer ni...best. Lagi tambah best sebab lagu tema untuk citer ni ialah lagu 'Ku Bersujud Padamu dari Afgan. Sedikit sinopsis:
berkisar tentang perbezaan ketara kehidupan dua keluarga yang lebih selesa merujuk kepada ajaran Islam dan tata susila ketimuran sebagai landasan berbanding dengan keseronokkan menghabiskan sisa-sisa hidup di dunia setelah hanyut dalam kemungkaran akidah dan akibatnya, kehancuran rumahtangga.
Janji Kekasih menampilkan Karina, gadis muda lincah yang dibesarkan dalam keluarga mewah dan ditatang penuh manja oleh ibunya, Marina. Apa sahaja kemahuan dan permintaan Karina, Marina akan akur. Wang ringgit bukan satu masalah kerana Marina adalah seorang pemilik butik yang berjaya dan dengan cara inilah dia dapat memastikan bahawa satu-satunya anak kesayangannya tidak ada hubungan kait dengan bapa kandungnya, Hashim.
Jiwa yang sunyi dan sentiasa gelisah ditambah rutin sosial yang sama saban hari menyedarkan Karina betapa kosongnya nilai kehidupan yang dijalani. Ketika hatinya mula terdetik memikirkan kesalahan dan dosa-dosa silam, muncul Syah, seorang pemuda yang dibesarkan dalam suasana keislaman semenjak kecil. Keluarga Syah memang menjadikan Islam sebagai landasan dan pegangan hidup mereka sekeluarga. Begitupun tidak semua anak-anak Hj Safuan menerima didikan agama yang diberikannya. Terutama Syafiqah, anak keduanya yang belajar di luar Negara. Syafiqah memakai tudung kerana takut dimarahi Haji Safuan. Ketika di luar Negara, Syafiqah menjalani kehidupan bebas dan terikut-ikut cara hidup barat.
Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.
Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Nak tahu lebih lanjut, nantikan jawapannya menerusi drama Janji Kekasih
Source: ohmalaysia.com
Ni pasal HP Sony Ericsson C510. Awal bula aritu rosak, tetiba hang, pastu kluar 'No Netwok Coverage. Ngam² plak tu baru setahun pakai dah buat hal. Nasib ada Extended Warranty. Kalau service tak payah bayar.
Kisahnya...hubby hantar HP tu kat dealer untuk service 1st June aritu. Katanya dalam 2 minggu dah siap. Nasib ada HP spare. Walaupon buruk, tapi banyak berjasa. Hhhhhmmmmm....biasalah kan kalau dah janji melayu, cina, india, dekat sebulan baru siap. Semalam hubby baru amik HP tu.
Yang aku hangin, HP tu masih lagi tak betul, macam mana dorang bley kata HP tu dah ok? Still kluar 'No network Coverage'. Pagi ni try lagi, pon macam tu gak. Pastu battery dah weak, aku charge lah, bley plak, kluar ayat² cinta 'Battery cannot be charged. You must use a Sony Ericsson battery'. Ya ampun...apa lah yang dorang dah buat ngan HP aku tuh.
Menyusahkan orang betul, ingat orang beli HP tu pakai daun ker. Aku rasa macam dorang tak hantar service jer. Tgh hari tadi gi hantar balik. Kalau kali ni dia bagi HP rosak jugak, memanglah nak kena.......bakar kedai tu.
"On this day, we were given the most precious GIFT
The GIFT that we made from LOVE
Three years have past and
we're still loving this GIFT till the end of our life"
To my dear Iman Hakimi Bin Husaini, Ibu and Abah wanna wish you "Happy Birthday". You're 3 Years old now! How time flies.
At 3 years old, you are really smart, clever, diligent, cheeky (haruslah puji anak sendiri kan (^_^) and really knows how to melt and entertain everyone's, especially Ibu and Abah. Your laugh...your smile is the best medicine.
Semoga Iman Hakimi menjadi anak yang soleh, mendengar kata ibu & abah, di kurniakan kesihatan yang baik, di panjangkan usia dan di murahkan rezeki...AMIN...
Ibu and Abah Love you so much...mmuahhhhhhh...
Last year aku ada join giveaway ni, dapat lah free sample klo terpilih. Sekali nama blog aku naik untuk dapat free sample tuh. Happy lah kan. Email lah segala detail suma. Tunggu punya tunggu, barang yang di nantikan tak kunjung tiba gak, sampai aku pon dah naik lupa. Dah 6 bulan berlalu. Owner nya pon tak der plak announce kalau ada contestant yang masih blom dapat barang sila hubungi dia semula.
Aku bukak balik blog tu nak tengok pasal giveway yg di anjurkan, kononnya nak hantar email nak bagitau aku tak dpt² lagi barang tu, tapi tak der lah plak, blog sudah berubah. Hhhhmmmm...frust lah jugak kan. Tak per lah...tak der rezeki nak dapat sample free.
Skang aku tunggu hadiah contest yang lagi satu nih plak. Dah hantar detail awal bulan aritu. Tapi masih blom dapat lagi...huhuhuhuhu...
Dalam entry INI, aku ada cakap pasal arahan untuk berpindah. Hhhhmmmmm...aku masih bersiaran di bangunan MERCU lagi. Kan dah cakap, memang tak boleh siap, ramai yang cakap macam tu, tapi Boss nih degil. Dia jugak yang betul. Tak siap sepenuhnya pon nak soh pindah gak. Takkan lah nak soh staff bekerja dalam keadaan yang tak selamat dan berhabuk.
Email yang aku dapat "the shifting of office equipment can only be done once the Cyberjaya Office completed and secured with office lock and facilitate with security"...baca tu boss. So, tarikh sudah bertukar ke 16 Julai 2010. Itu pon kemungkinan. Just wait and see lah. File² suma dah di angkut ke sana. Nak buat keja pon susah, kan dah menyusahkan staff.
Masih sempat lagi nak gilap skill memandu yang dah 7 tahun aku tinggalkan. Setakat ni dari rumah ke kedai dah lepas, paling jauh dari rumah ke klinik kat seksyen 4. Risau gak ni nak drive dari Bangi ker Cyberjaya. Boleh ker jauh² nih...huhuhu...
Giveaway lagi. Kali ni dari Beba-Anas, sempena menyambut ulangtahun kelahirannya.
Hadiahnya ialah: Personalized Mug from http://heartbeat.my/?rid=2571
berakhir pada: 07.07.10
Untuk Beba, Happy Belated Birthday, smoga di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik.
For more detail, bleylah klk SINI