Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 Khas Untuk Bakal Pengantin

Friday, December 15, 2017

Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 Khas Untuk Bakal Pengantin | Ada pasangan yang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga ker? Atau ada pasangan yang tengah buat survey untuk mencari tukang mekap, pelamin, catering dan sebagainya untuk majlis perkahwinan mereka nanti? Tak kurang juga untuk parents yang nak buat kejutan untuk anak yang bakal berkahwin dengan menghadiahkan pakej perkahwinan ker kan. Penat jugak tau kalau fikirkan pasal nak kahwin ni bila ada benda yang kau kena fikir dan buat sendiri.


Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 Khas Untuk Bakal Pengantin


Survey sana sini jangan cakap lah. Nak cari yang the best dalam masa yang sama dengan harga yang berpatutan. Tapi tu zaman masa aku nak kahwin dulu. Sekarang ni dah tak susah nak mencari perkhidmatan yang sediakan khidmat nasihat untuk kerja kahwin sebab dah ramai yang buat perkhidmatan ni. Kalau nak tahu, korang boleh terjah Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 yang akan berlangsung tak lama lagi. 

Tentang Jom Rewang 2018


Mesti ada yang tertanya-tanya Jom Rewang 2018 tu apa? Ok… JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin dimana ianya membantu bakal-bakal pengantin merancang dan memilih yang terbaik untuk hari perkahwinan nanti. Jom Rewang 2018 akan berlangsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26 – 28 January 2018 bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Apa Yang Menarik di Pameran Jom Rewang 2018?


Sumber gambar: [SINI]

Banyak yang menarik tau kalau korang pergi pameran pengantin Jom Rewang 2018 ni tau sebab pameran ni mesti akan menghimpunkan nama-nama terbaik dalam industri perkahwinan tanah air kan. Potongan diskaun pon pasti akan menanti untuk bakal-bakal pengantin. 


  • Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
  • 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.
  • Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral
  • Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya.

Tawaran Untuk Vendor Yang Berminat


Untuk peniaga-peniaga atau usahawan Bumiputera yang sedang mencari jalan untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan atau ingin memperkenalkan jenama perniagaan untuk lebih dikenali, anda boleh mengambil bahagian dengan menyewa tapak booth yang disediakan oleh pihak penganjur sepanjang pameran berlangsung. Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 ni adalah platform yang sangat sesuai untuk anda bertemu bakal pelanggan. Mesti ramai pengunjugn yang akan hadir sebab promosi yang dibuat adalah besar-besaran.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 ni, Detail ada dekat bawah ni:




Email: puspawangieventmanagement@gmail.con



You Might Also Like

22 komen

  1. Menarik sbb mmg akan ada byk pilihan nanti

    ReplyDelete
  2. Banyak pulak pameran pengantin sekarang ni ye.

    ReplyDelete
  3. Rewang ni bahasa Johor kan?. Pengantin zaman la ni beruntung la sangat. Banyak pilihan...

    ReplyDelete
  4. wahhh mesti meriah nanti ni! happening! suka juga tengok pelamin cantik2! :D

    ReplyDelete
  5. Kalau turun KL nanti boleh la singgah2 tengok.. Org2 yg bakal nak kahwin blh berkumjung sbb biasa akn ada diskaun dan byk pilihan boleh servey..

    ReplyDelete
  6. ZAMAN Sekarang semuanya dah mudah dan banyak pilihan. Yang best dia membuka peluang juga usahawan kecil untuk berniaga sama. Win2 situation kaedahnya :)

    ReplyDelete
  7. Best ni, walaupun tak plan nak kahwin pun terasa nak pergi sebab mesti ada banyak busana pengantin yang cantik dan boleh dijadikan ilham untuk baju raya or baju dinner

    ReplyDelete
  8. ina pun suka sangat pameran perkahwinan ni..walau pun dah berkahwin, tapi suka tengok design baju pengantin nii..gubahan pelamin

    ReplyDelete
  9. Tertiba terasa macam nak kahwin lagi hahahah adeh

    ReplyDelete
  10. Kebetulan kawan nak pergi pameran pengantin. nanti nak suruh dia pergilah sini :)

    ReplyDelete
  11. I wish they had this previous. Reduce the couple any burden.

    ReplyDelete
  12. Wah siapa yang bakal nak kahwin can go there, one stop place to get the supplier.

    ReplyDelete
  13. bakal pengantin kena pergi ke pameran sebegini.. boleh dpt banyak idea.

    ReplyDelete
  14. Jom rewang ni memudahkan bakal pengantin.. Boleh pilih pakej wedding

    ReplyDelete
  15. Senang..xpayah nk pi survey 1 butik 1 butik kan...pi pameran mcm ni ja senang

    ReplyDelete
  16. Wah sekarang makin senang..byk yg buat promotion murah2..even byk restoran skrg yg deal dgn certain butik..service pun bagus dan murah

    ReplyDelete
  17. bakal pengantin wajob pergi ni, survey harga pakej menarik

    ReplyDelete
  18. Is a good place for couple to do their survey. Affordable wedding package.

    ReplyDelete
  19. Menarik. Kalau nk kawin kena datang le survey. Mana taw dpt tawaran menarik dengan harga yg murah.

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page