Daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz kepada Aleesha Farhana

Thursday, May 26, 2011

Perghhhhhh...sedap tu nak tukar nama baru. Itu lah dia hasrat seorang lelaki nak tukar nama kepada wanita. Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama.

Hasrat lelaki tukar nama ditunda


KUALA TERENGGANU: Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan. Mohd Ashraf Hafiz, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.

Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.

“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat. Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya.

Source: BERITA HARIAN

You Might Also Like

20 komen

  1. aiseh. tak tau la nak ckp pe kan. siap pakai baju kurung bertudung ni. issshhh

    ReplyDelete
  2. uish.. mcm2 skrg ni kan.. lelaki nak jadi perempuan, yg perempuan nak jd lelaki. heheee

    ReplyDelete
  3. nama dah elok dah…but nak tukar nama perempuan pulak…manusia..manusia..pelik-pelik saja.

    ReplyDelete
  4. haduhaiiii manusia akhir zaman neh...

    =(

    ReplyDelete
  5. apa nak jadi la dunia zaman skrng...

    ReplyDelete
  6. memacam...tak bersyukur dah jadik lelaki nak jadik pompuan...sanggup buat ape saje...

    ReplyDelete
  7. terkejutnya baca, first time ni kes mcm ni...

    ReplyDelete
  8. APA NAK JADI DUNIA SEKARANG NI...?

    ReplyDelete
  9. sangat terkejut...sbb hal macam neh dah terlalu banyak sekarang..lihat saja dengan video Miss Malaysia Pahang tempoh hari... Moga Allah jauhi kita dari segala bencana...

    ReplyDelete
  10. betul2 memalukan la..nama dh cantik dh..yg terpuji,yang mulia,yang pemelihara..tukar jantina pulak tu..hishhhh..dhla nma serupe macam aku jugak..mcm2 la mnusia zmn sekarang..

    ReplyDelete
  11. astaghfirullahalazhim...taktau la ape nk jadi..tukar jantina pn aurat antare die dgn prempuan ttp same..hish..pelik2..

    ReplyDelete
  12. cemar nama org nganu je. astaqfirullah. harap2 dia bertaubat.

    ReplyDelete
  13. mak ayah dia pun sama2 giler. kesian anak tak bertempat. tak takut neraka ke? Moga2 dia org bertaubat.

    ReplyDelete
  14. jgn ckp sembarangan.. sy kenal sgt mak ayah dia, dh mcm mak ayah sy sdiri.. diorg x restu pun, dh byk mnangis, usaha mcm2 nk ubah anak llaki dia,smpai prnah x mgaku anak tp x bhasil.. sy pun tkejut baca berita ni tp jgn sedap2 ckp org.. nti kne kat kita balik

    ReplyDelete
  15. nasib baik la mahkamah tolak permohonan dia... kalo x, ramai la nak tukar

    ReplyDelete
  16. memang la ape yg dia buat tu salah tapi kita tak payah lah nak hina dye apatahlagi nak menyalah mak ayah dye...tu antara dia dengan tuhan lah...kita pun bukannya tau ape yg die tanggung.....

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive