Bila Makan Di Kedai Makan/Restoran | Tips bagi Anak Duduk Diam

Wednesday, September 24, 2014

Ini lah masalah ibu² dan juga bapa² bila nak makan kat luar kan. Aku juga tak terkecuali. Kekadang fikir 44 kali…ok tipu. Fikir 3 kali jer…hahaha…sama ada nak makan kat luar ker, nak tapau/bungkus atau nak makan kat rumah? Kan 3 kali fikir tu…ngeeee…Nak² bila ada anak yang sedang nak membesar dan tengah lasak macam Ustaz Iman Qhalif tu. Menguji ketabahan dan kesabaran si ibu dan jugak abah nya. Tak terkecuali si abang bila si ibu dah tak larat nak handle si anak active. Apalagi…kita gunakan tenaga kerahan anak sulung lah yerp…hehehe…Bertabahlah anak sulung diluar sana.

Gaya..mutu..keunggulan. Budak anti sosial. Sekali 2 kerusi ko konker yer dik

Aku juga tak terkecuali bagi gajet kat anak². Tapi masalah nya gadjet ada satu. Anak nya ada 3. #makbanyakanak katakana. Acaner tu? Tak ke berebut² dibuatnya. Bagi lah plak samseng TAB yang dah mula ‘hang’. Macam nak suruh tukar baru jer…kahkahkah. Ok dah melencong plak. Sambung…Jadinya si abang terpaksa lah mengalah dengan adik². Sian anak sulung kan. Bagi dorang gajet pon sebab nak suruh duduk diam. Tak merayap sana sini. Macam dah tak der terknik lain dah bagi anak dok dediam kan. Ipad ngan samseng TAB jugak yang di umpannya…ppffttt…

Tapi dok diam pon sekejap jer lah. Especially siapa lagi kalau bukan Ustaz Qhalif tu. Skang ni dah tak takut kucing. Pantang Nampak kucing dah. Kucing takut dia skang nih. Asal nampak kucing jer kejar. Asal kejar jer mesti kucing berlari…erk…hehe… Pastu pantang nampak tangga. Iyerlah…dalam rumah tak der tangga. Dok apartment pon berkurung jer dalam rumah. Tu yang asal nampak tangga kat kedai nak main. Lagi satu hal, asal nampak jalan nak berlari. Sikit² dia jalan. Sambil jalan sambil jeling. Ibu perati jer ko dik. Sebelum ko berlari kat tengah jalan ibu dah bersiap sedia. Nangis Usain Bolt kalau tengok ibu berlari laju dari dia…ekekeke…

Erkkkk…ni nak citer pasal anak ker pasal tips nih? Macam dah lari topic plak. Bila citer pasal anak memang panjang mukadimah nya. Ok lah. Boleh cuba tips nih. Aku pon nak cuba jugak. No more gajet di kedai makan.

1) Restoran Pilihan

Restoran pilihan anda adalah restoran yang mesra anak² di mana anak anda bebas untuk bergerak ke sana dan boleh bermain dengan permainan yang dibawanya. Jangan sekali-kali makan di kedai tepi jalan kerana ia sangat merbahaya

Agak susah juga nak cari restoran mesra kanak² nih. Fast food restaurant banyak lah kot. Kena suggest kat pengusaha restoran lah soh letak signage ‘RESTORAN MESRA KANAK²/BAYI’ atau pon directory ‘RESTORAN MESRA KANAK²/BAYI’. Senang sket goggle kan. Terus kluar senarai. Tinggi harapan #makbanyakanak ni kan. Kiranya munasabah jugak apa cadangan aku nih.

2. Mainan Dan Buku

Bawalah mainan atau buku kesukaan anak anda. Sedikit sebanyak ia dapat membantu anda untuk ‘melekatkan’ anak anda ketika anda sedang menikmati makan malam.

Boleh try nih. Kena siap kan satu bag khas yang ada mainan, buku dan juga buku kaler² ngan kaler skali. Macam si kimi skang suka baca komik. Hurmmmm…mari kita cuba.

3. Snek Ringan

Untuk mengelakkan menuggu makanan yang dipesan terlalu lama, anda bawalah makanan snek (yang baik dan berkhasiat) kerana dikhuatiri anak anda akan mengamuk kerana lapar

Bawak cereal boleh lah kot. Biskut feveret anak² ker kan. Buah potong pon boleh lah jugak nih.

4. Raikan

Jadikan makan luar anda sesuatu yang menarik anak anda. Jika sebelum ini anda larang anak anda makan aiskrim, cuba berikan keizinan untuknya merasa aiskrim. Pasti dia suka dan duduk diam menikmati kelazatan aiskrim. Jadikan ia sebagai ganjaran untuk anak anda. Katakan padanya, jika anda jadi budak yang baik, anda akan bawanya sekali lagi ke restoran itu untuk makan aiskrim

Kalau bagi eskem kat anak², kena bawak baju lebih nih. Macam qhalif kalau makan dah sah² lah banyak tumpah ke baju dari yang masuk mulut kan. Tapi aku tak pernah lah larang anak² makan eskem. Cuma tak boleh lah hari².

5. Haramkan Gadjet

Gadjet tidak dibenarkan dibawa bersama ketika makan. Jadikan makan bersama ini sebagai aktiviti kekeluargaan. Gadjet hanya menjadikan ahli keluarga diam dan kurang berkomunikasi


Ada berani ker...hehehe...Peringatan buat diri sendiri juga. Situasi yang banyak kita lihat di mana² saja. Bukan kat kedai makan jer. Yang ni memang patut diharamkan masa makan. Skang pon aku jarang bawak HP gi kedai makan/restoran. Tinggal kat dalam keta jer. Kalau bawak pon cuma untuk amik gambar makanan…hahaha…pastu simpan balik.

Terima kasih pada SirapLimau.com sebab kongsikan tips yang berguna nih. Banyak parenting tips dalam website SirapLimau ni. Sila lah terjah. 

Note: Nak start survey harga tadika. Tahun depan qahiran nak di tadika kan...hehehe... 




You Might Also Like

23 komen

  1. kecik-kecik lain kerenah, dah besar sket nanti lawan bercakap sesama sendiri pastu bergaduh...itu anak akak punya style....peningggg bila makan kat luar hehehhehe

    ReplyDelete
  2. boleh diguna pkai nnti tips2 ni Fiza.. maklum tumpis sy tu pun dok tengah lasak sekarang ni..pening den nak layan.. haha..

    ReplyDelete
  3. yang part bawak mainan and buku and kaler pensil tu CT stuju hihi.. tringat ramadhan lepas time trawih.. ada mak budak ni siap bawak meja lipat pi masjid and buku and pencil kaler suruh anak dia mewarna smpai dia habis solat. bagus anaknya dengar cakap.. bab gajet pun setuju jugak.. CT pun takut kalau CT dah ada anak nanti anak CT gila gajet macam mak dia.. dunia teknologi skarang ni menakutkan.

    ReplyDelete
  4. samalah ... akak amat jarang makan kat luar... sbb ada 5 kanak2 bertuah....

    ReplyDelete
  5. Pernah tengok depan mata sendiri, dari ayah, mak, anak2 semua pegang fon / tab sementara tunggu makanan. Takda komunikasi langsung! Oh seram nye.

    ReplyDelete
  6. Bukan kat rumah je saya tak bagi anak2 pegang Gadjet.kat kedai makan pun sama..memang tak de la nak bagi tab ke enpon ke..saya buat macam tu la..bawak mainan anak2..macam kakak dia mesti nak bawak buku lukisan,..adik setakat bawak kereta mainan dia je..selalunya kakak tu si ayah suka melayan melukis sama..saya layan adik je..dalam restoran dengar bunyi enjin kereta je kuat...ahhaah

    ReplyDelete
  7. Good info... saya mmg haramkan gadget dan sebelum masuk kedai dah gtau pesan siap² semua, g kedai untuk makan bukan main... huhhu.. salam kenal dari saya... :-)

    ReplyDelete
  8. tips yang berguna ni
    thanks sharing fiza :)

    ReplyDelete
  9. Bila ada anak2 ni bab makan luar mmg kena pikir2 sikit.. salah haribulan.. haru.. :D :D

    ReplyDelete
  10. Salam, perkingsian yang baik, saya pun kalut bila ke restoran, biasa bagi menu sama2 baca, kalau kat kedai mamak bagi air dulu :)

    ReplyDelete
  11. Haramkan gajet tu terbaik! Jelas sekali sekarang ni gajet merubah corak dan cara bersosial...bukan lagi dengan manusia di depan mata!

    ReplyDelete
  12. Kalau ada anak 3 orang, gadget pun kena ada 3, baru adil dan saksama.. Hehehe

    ReplyDelete
  13. sama y lya lakukan kat asya..biasa beli snek or aiskrim or menan kotak2 tu..kdg2 dia bawak pensil n kertas..lukis2..

    tp gadjet sagt2 setuju.. mmg dr dulu time mkn xpernah bg asya hadap tu.. kt org lebh byk bercakap n bercerita.. time ni mcm2 asya akn cerita..esspecially perihal kt sekolah..

    ReplyDelete
  14. Nice sharing Fiza ..Banyak tips yang boleh kita cedok dari sini ...Kadang2 kalau pergi kedai makan ngan anak2 macam2 masalah kan hehehe ..ya la sama la kita Fiza mak banyak anak katakan hahaha

    ReplyDelete
  15. danish kecik lg..semua tu xjalan..hahaha.. tp klu duk dlm stroller, sy gerak²kan stroller tu lelama dia tdr.. btl la kak, seboleh mungkin xnk bg gajet, tp klu tu yg blh diamkan bebudak, xleh buat apa la..

    ReplyDelete
  16. kannnn walau mak anak sorang ni pun dah mula dilema bila nak makan kat kedai. sebab uwais tak suka duduk diam lelama. dia nak meneroka ke serata alam

    ReplyDelete
  17. saya kalau kat kedai makan, kene mkn cepat2 sebab anak2 cepat bosan.. yela, duk atas kerusi je kan... tp nsb baiklah si aqilah yg aktif ni, kalau jumpa makanan, dia duk layan makanan je

    ReplyDelete
  18. haaa mana tahu nanti lepas akak bersara boleh buka bisness restoran mesra kanak2 ilham dr anak2 ni. heheh.. kadang2 tgk budak2 suka berlari2 dlm restoran.

    ReplyDelete
  19. Setuju dgn bawa mainan kegemaran anak2 masa makan... akak buat gini gak... sbb gajet diharamkan dr isnin ke jumaat.. hehehehe

    ReplyDelete
  20. Terasa macam kena tunjal dahi sendiri. Sebijilah feeling tak tenteramnya bila bawa anak-anak makan di luar. Anak-anak saya tak berebut tab sebab memang saya tak bawa tapi tak reti duduk setempat. Bila makan pun, masing-masing nak usaha sendiri (of course bagus tapi Mommy penat nak perhati jangan sampai tumpah ke baju pulak) Saya pulak kalau boleh tak nak restoran mesra kanak-kanak. Kalau buatnya disediakan playground macam kat AlRawsha tu, anak saya tak nak makan tapi nak main je. Lagilah maknya cepat kurus sebab malas masak satu, makan kat luar pun tak dapat. Acaner?

    ReplyDelete
  21. Bagus jugak tips yg siap limau share nie.. boleh la try.. emir pn sama akak.. tak reti nak dok diam2..=D

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive