Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Hasil Dari Didikan Dr Azizan Osman

Friday, February 25, 2022

Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Hasil Dari Didikan Dr Azizan Osman | Dato' Sri Khalid bin Mohamad Jiwa atau juga dikenali sebagai Datuk K, merupakan seorang usahawan dan juga merupakan pengarah beberapa syarikat terkemuka di Malaysia. Tidak hairan lah jejak langkah beliau sebagai ahli perniagaan terkenal menjadi ikutan anaknya, Asyraf Khalid yang telah berjaya membina empayar perniagaan hasil dari titik peluh nya sendiri tanpa bantuan dan pengaruh ayahnya mahu pon ibu tiri nya iaitu penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.


Kejayaan Asyraf Khalid dalam perniagaan menjadi kebanggaan buat Datuk K apabila beliau mendedahkan pencapaian dan perubahan anak nya adalah hasil didikan dari Mentor Usahawan iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman, Pengasas dan Pengerusi RichWorks International yang telah banyak melahirkan jutawan dari kelas bimbingan usahawan anjuran RichWorks.

Perubahan Asyraf Disebabkan Azizan Osman

Baru-baru ini Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K membuat pendedahan dimana perubahan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid disebabkan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.


Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf Khalid pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana dalam tempoh 3 tahun sahaja beliau dapat mengubah dan berjaya membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan anaknya turut berubah.

Ucapan yang dizahirkan oleh Datuk K dibuat ketika majlis makan malam yang diadakan  di rumah ibu bapanya bersempena dengan sambutan hari lahir bapanya. Menurut Asyraf, membuat bapanya berbangga dengan hasil kejayaan yang dikecapi hari ni merupakan ‘big why’ beliau. 

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,"



Perkongsian hantaran status Instagram milik Asyraf yang telah dimuat turun  itu telah mendapat tontonan hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja selepas ianya dikongsikan kepada umum.

Budak Nakal Dan Selalu Kecewakan Bapa

Mengimbas zaman beliau membesar, menurut Asyraf dia merupakan seorang budak yang nakal suatu ketika dahulu dan merasakan dirinya selalu mengecewakan bapanya. Selain daripada itu, beliau rasa diri nya tak akan berjaya jika sikap kenakalan itu berterusan. Tambah Asyraf lagi, perjalanannya masih jauh dan banyak perkara yang perlu difahami. Namun beliau rasa sangat bersyukur apabila mendengar luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor nya sendiri iaitu Dr Azizan Osman.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.

Asyraf Melihat Dr Azizan Sebagai Mentor Terbaik

Bukan setakat bimbingan mengenai bisnes semata-mata malahan secara holistic termasuk kepimpinann dan perhubungan sesama manusia dan bersama yang Maha Esa membuatkan Asyraf Khalid melihat Dr Azizan Osman sebagai mentor yang terbaik buat dirinya untuk beliau jadi lebih baik lagi.


"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang bai kdengan jualan jutaan ringgit masih merendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.

Kebolehan Dr Azizan Melahirkan Ramai Jutawan Buat Datuk K Kagum

Siapa yang tak kagum dengan kajayaan RichWorks lahirkan Jutawan, itu lah yang diluahkan oleh Datuk K dalam ucapannya dimana beliau berasa kagum dan turut mencemburui kebolehan yang dimiliki oleh Dr Azizan sehingga berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan yang berjaya.

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.

Sementara itu, Datuk K turut memberi peringatan kepada bangsa usahawan yang berjaya supaya tidak melupakan individu yang masih lagi merangkak dan sedang berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.

Ayraf Khalid Berjaya Membina Empayar Perniagaan Sendiri

Stigma masyarakat terhadap kejayaan seorang anak ahli perniagaan adalah dari pertolongan ibu bapa adalah tidak tepat bagi Asyraf Khalid kerana kejayaan beliau harini adalah dari titik peluh nya dan isteri yang bermula dari bawah kerana sejak usia tujuh tahun lagi beliau sudah mula berniaga dengan menjual  pen di sekolah dan macam macam lagil lubuk perniagaan yang dicuba. 

Berkat dari kerja kerasnya dan atas bantuan, didikan serta ilmu yang dikongsikan oleh Dr Azizan Osman, beliau berjaya membina empayar nya sendiri dalam bidang perniagaan. Memang teruja baca kisah kejayaan Asyraf Khalid. Untuk mereka yang berminat untuk menambah lagi ilmu dalam perniagaan, boleh ikuti seminar dan kelas bimbingan yang di anjurkan oleh RichWorks. Mungkin anda bakal Jutawan seterusnya.

You Might Also Like

0 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive