Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Mengupas 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik 2022

Saturday, February 12, 2022

Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Mengupas 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik 2022 | Sejak pandemik melanda dunia beberapa tahun ini, keadaan ekonomi turut menjunam teruk. Bukan sahaja di Malaysia malah tempiasnya di seluruh dunia. Harga barang keperluan semakin meningkat naik menyebabkan kos sara hidup semakin tinggi. Banyak sektor ekonomi yang terkesan dan mengalami kerugian antaranya pelancongan, penerbangan, pendidikan dan juga perhotelan. Ianya turut memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil dan Usahawan untuk terus bertahan dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar ini.


Tak dinafikan, bidang perniagaan memang banyak cabaran dan dugaan nya. Nak berjaya bukan nya mudah. Kena persiap kan diri dengan ilmu untuk mengasah lagi bakat dalam perniagaan. Banyak program dan seminar yang boleh disertai untuk kuasai bidang perniagaan anjuran syarikat yang terlibat. Antaranya RichWorks International. Khabarnya akan berlangsung Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam Mengupas 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik 2022. 

Latar Belakang RichWorks

Sebelum saya ulas mengenai Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman, saya kongsikan sedikit mengenai latar belakang syarikat. RichWorks International merupakan sebuah syarikat multinasional yang menganjurkan seminar keusahawanan terbesar di Asia Tenggara dan pakar dalam industri Latihan seperti pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.



Ditubukan pada tahun 2008 oleh Dr Azizan Osman, RichWorks berjaya mencipta rekod dimana seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod jualan lebih lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM pada tahun 2020 dan telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa, Dalam masa beberapa tahun, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia.

Visi RichWorks adalah ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Mengispirasi, Mendidik dan Menambah Nilai Hidup kepada komuniti di seluruh dunia.

Sumbangan RichWorks pada Masyarakat 

Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, RichWorks International telah berjaya membantu hamper 605,000 Usahawan untuk bangkit dalam bisnes dalam 13 program yang dianjurkan secara percuma. Sumbangan kilat untuk mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu turut dikumpulkan dalam masa 24 jam oleh RichWorks sendiri bersama Usahawan yang berjumlah RM500,000.00.

Selain daripada itu, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban. Menurut Radz Mohd, Ketua Pegawai Perniagaan, RichWorks tidak mahu ketinggalan dalam menyumbang kepada masyarakat melalui Pertubuhan kebajikan RichWell  dimana kempen #RichWellBantu telah digerakkan pada Julai tahun lalu untuk membantu lebih 2,000 keluarga yang memerlukan.

Kenali Datuk Wira Dr Azizan Osman 

Merupakan Pengasas dan Pengerusi RichWorks International, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah berjaya membantu lebih daripada 700 ribu peserta melalui program yang dianjurkan dan berjaya melahirkan ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui formula dan strategikyang mudah dan terbukti berkesan. Memulakan karier hidupnya secara sederhana, beliau kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri oleh International Coach Guild (ICH).


Datuk Wira Dr Azizan Osman juga telah berjaya menharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi anugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan merupakan anak Melayu tempatan sulung yang mendapat anugerah  tersebut sempena Persidangan Industri Pemasaran dan Pengiklanan Dunia, MADcon: Global Marketing Conference (MADcon Dubai 2019).

Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.

Mengupas 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik 2022 Dalam Program Live Session

Cabaran dalam perniagaan memang tidak berkesudahan. Lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini. Dengan nilai mata wang yang jatuh dan kadar inflasi yang tinggi, semestinya perniagaan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah pada tahun 2022. Mengambil kira permasalahan ini, Diskusi Dalam Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Mengupas 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik 2022 akan berlangsung pada hari Ahad ini, pukul 8.00 pagi di saluran Telegram Azizan Osman Official.


Antara intipati yang akan dikongsikan adalah sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah dijangka kan pada bulan Ogos tahun lalu lagi di mana kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% buat masa sekarang. Ini berdasarkan kajian beliau dalam tempoh 2 minggu lalu. Buat mereka yang menjalankan perniagaan, masalah ini adalah kritikal dan perlu ada kesedaran kerana menguruskan perniagaan pada tahun ini bukan nya mudah.

Dalam pertemuan beliau bersama kumpulan pemilik syarikat dan peniaga CIna, banyak syarikat yang bakal tutup malah ada yang lingkup walupun peniaga ini memiliki kilang di China, mereka tidak pandai dari soal pemasaran dan sudah tidak nampak apa yang perlu dibuat. Menjawab persoalan seorang usahawan dalam pembinaan tentang perniagaan apa yang bagus buat masa ini? Pertama kali beliau tidak tahu hendak memberikan jawapan apa kerana untuk memulakan perniagaan dari kosong memang susah.

 
Tambah beliau lagi, bagi mereka yang ada bisnes ketika ini, tapi masih kekal dan menganggap ianya perkara biasa, anda akan 'mati'! dan jika kekal kecil anda akan pupus kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Pesan nya dalam program Titanium di bawah bimbingan RichWorks, jika tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk berkembang dalam keadaan pasaran yang perlahan dan anda slow dari pasaran maka tunggu saja untuk ‘mati’.

Bercerita pula tentang Titan, mereka berjuang betul-betul untuk berkembang dan sangat agresif dalam mengekalkan momentum kerana sedar pasaran yang kian perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk berbelanja. Dari situ kena buat dengan lebih baik dan lebih agresif lagi supaya anda dapat hargai apa yang anda usahakan sekarang.


Bagi yang sudah memiliki pernagaan, anda perlu guna semua platform yang ada untuk bergerak dengan lebih pantas bila pasaran mula perlahan. Jika anda sudah tahu rentak pasaran tetapi masih ambil sikap sambal lewa atau ‘malas’ nak engage, anda akan jauh ketinggalan. Untuk maju ke hadapan, anda perlu pantas.

Program Live Session Di Saluran Telegram Azizan Osman Official

Untuk maju ke hadapan, anda perlu pantas. Untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu berusaha mencari ilmu untuk bekalan. Tak dinafikan, program-program RichWorks International anjuran Datuk Wira Dr Azizan Osman berjaya melahirkan ramai usahawan-usahawan berjaya malah usahawan Jutawan. 

Kalau nak jadi sebahagian daripada mereka yang berjaya ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan, jom saksikan Program Live Session Di Saluran Telegram Azizan Osman Official yang akan berlangsung pada hari Ahad ini, pukul 8.00 pagi.


You Might Also Like

0 komen



Labels

Facebook Page

Blog Archive