Durioo+ Lancar Platform Penstriman Bercirikan Nilai Islamik Khas Buat Kanak-Kanak

Tuesday, March 08, 2022

Durioo+ Lancar Platform Penstriman Bercirikan Nilai Islamik Khas Buat Kanak-Kanak | Siapa biasa tengok siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends? Jangan kata budak-budak, mak budak pon suka tengok juga. Sebab watak Omar & Hana Didi & Friends tu comel sangat. Banyak pengajaran yang diterapkan dalam setiap siri. Sambil menyanyi kita belajar. Sampai lagu pon dah hafal ya. Tapi kan, tak banyak siri animasi yang menerapkan nilai-nilai islamik. Sebab tu bila Durioo+ lancar platform pensteriman khas buar kanak-kanak yang menekankan nilai-nilai islamik, saya rasa sangat teruja.


Durioo+ Lancar Platform Penstriman Bercirikan Nilai Islamik Khas Buat Kanak-Kanak

Pada Januari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo. Durioo dengan rasminya telah mengumumkan platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+ sebulan selepas dilancarkan pada 18 Februari 2022. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia.

Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia kerana Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 13 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka.

Pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam sempena pelancarannya nanti. Bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton, Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu. Selain daripada itu, Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi.


Pelanggan Durioo+ mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure.

Berhibur Dan Pelajari Keindahan Agama Islam Dengan Durioo+

Pengasas Durioo, Sinan Ismail juga berkata, pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia.

"Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam," tambahnya lagi.

Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam.


Untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV atau untuk pensteriman dalam talian, boleh layari laman web https://duriooplus.com/. Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari.

Promo Kod 30%



Selain itu, khas untuk pembaca di luar sana! Kalau nak dapatkan harga terbaik, anda boleh menggunakan promo kod “FIZADURIOO” untuk menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama. Rugi kalau tak rebut peluang ini. Jom melanggan Durioo+ untuk anak-anak hari ini juga.

You Might Also Like

0 komen



Labels

Facebook Page

Blog Archive