Dapatkan Produk Handmade Berkualiti Di Kravve.co

Monday, August 07, 2017

Dapatkan Produk Handmade Berkualiti Di Kravve.co | Menyediakan sendiri makanan untuk keluarga merupakan satu kepuasan yang tak terhingga kerana makanan terbaik adalah dari air tangan kita sendiri dan ianya bermula dari rumah. Dengan memasak sendiri, kita yakin dengan tahap kebersihan berbanding jika kita makan atau membeli makanan di kedai. Terutama sekali penyediaan makanan untuk anak kecil yang berusia setahun lima bulan.


Seperti kita sedia maklum, makanan bayi dalam tin tak berapa bagus sebab dah tentu mengandungi bahan pengawet untuk bagi makanan tahan lama kan dan juga kandungan gula yang tinggi. Sebab tu aku lebih suka sediakan sediri makanan untuk Iman Harraz. Memang tak pernah bagi makanan dalam tin. Lagi pon budak bawah 2 tahun tak perlukan garam/gula dalam masakan. Nak cari homemade powder pon tak susah sebab Kravve.co ada jual.


Mengenai Kravve.co


Apa Kravve.co tu? Tak pernah dengar pon. Ok… Kravve.co merupakan laman web atau kedai online yang menjual produk berkualiti seperti bahan perasa dan rempah ratus, sos, jem, makanan ringan dan banyak lagi lah. Yang pasti, produk-produk keluaran Kravve.co adalah hasil dari buatan sendiri atau homemade yang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dalam menghasilkan produk terbaik dan sudah semestinya tanpa bahan pengawet.


Aku dah pon mencuba produk dari Kravve.co ni. Iaitu Dehydrated Unsalted Chicken Stock Powder atau ayam yang diproses menjadi serbuk. Sesuai digunakan sebagai bahan perasa. Untuk makanan Iman Harraz, memang aku masak sendiri untuk bekalan dia ke nursery macam bubur atau pasta. Aku Cuma taburkan saja Dehydrated Unsalted Chicken Stock Powder atas bubur nasi atau pasta.

Tabur atas pasta jer. 

Kalau korang tak sempat nak beli ayam atau tak ada bahan perasa lain nak letak dalam makanan anak, boleh lah pakai Dehydrated Unsalted Chicken Stock Powder ni. Selain tu boleh juga digunakan dalam masakan lain seperti sayur atau pon sup. Memang senang dah mudah.

Tabur atas bubur nasi. Kebetulan ayam dah habis. Nasib ada Dehydrated Unsalted Chicken Stock Powder.

Apa yang menarik dengan produk ni, bahan-bahan yang digunakan adalah 100% dari bahan semulajadi iaitu Ayam kampung (bahagian dada), Australian Carrots dan Australian Celery. Cara prosesnya pula ialah Dada ayam dicincang dan dimasak dengan sayur-sayuran menjadi pasta sebelum dikeringkan selama 12 jam, kemudian dikisar dengan halus. 

Kalau korang nak dapatkan produk homemade yang berkualiti dan berkhasiat, boleh cari di Kravve.co sebab banyak produk-produk homemade menarik dalam ni. Untuk pembelian RM50.00 ke atas, penghantaran percuma ke depan pintu rumah. Dan yang menarik, untuk pembaca dan pengikut blog Supermom With Superkids, korang boleh pakai kod diskaun [Fiza Rahman] untuk mendapatkan potongan sebanyak RM5.00 semasa membuat pembelian di Kravve.co tau.

Untuk maklumat lanjut mengenai product atau nak buat pembelian. Boleh layari:

Website


Facebook


Instagram


Email

hello@kravve.co



You Might Also Like

5 comments

  1. dah ada produk camne jimat banyak masa mak-mak yang bekerja tapi nak kena buat bekal untuk anak-anak. bagus2

    ReplyDelete
  2. Mudah skrg semua yg berkhasiat pun dah banyak n boleh beli online kan .. tq for sharing

    ReplyDelete
  3. Terbaik ni.. sekarang memang best dan mudah kan. Boleh dapat macam2 barang secara online je..

    Macam produk handmade ni la

    ReplyDelete
  4. Bila bahan buat sendiri ni nak makan pun x de was-was..

    ReplyDelete
  5. Pernah nampak produk ni, tapi tak pernah cuba, Boleh lepas ni...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive