Play-Doh On The Hunt For The First Doh-Bassador Of Creativity!

Thursday, August 03, 2017

Anda mempunyai anak-anak yang kreatif? Boleh sertai 'Doh-Bassador Kreativiti' yang pertama kerana Play-Doh sedang mencari dan menjemput kanak-kanak yang paling kreatif untuk menyertai 'Open A Can of Imagination' dengan menghasilkan arca paling asli dan kreatif dengan menggunakan tanah liat Play-Doh. Ianya bermula dari 1 – 31 Ogos 2017 untuk kanak-kanak berumur empat tahun hingga sembilan tahun dari seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Hasbro Tou (Malaysia) Sdn Bhd.


Cara-cara Nak Sertai


Penyertaan adalah semudah 1, 2, 3! Apa yang anda perlukan adalah:

  1. Buat patung Play-Doh yang kreatif
  2. Kongsi gambar atau video ciptaan anda, bersama-sama dengan keterangan ciptaan anda dalam kurang daripada 100 perkataan di Instagram
  3. Hashtag #DohBassadorMY dan #PlayDohMY, tetapkan profil anda kepada public

Terma dan Syarat Penyertaan


Doh-Bassador of Creativity yang dilantik akan menerima produk Play-Doh yang bernilai RM 1,000 dan berpeluang untuk bekerjasama dengan penyokong utama untuk mencipta satu siri Malaysian-inspired dalam World Play-Doh Day dan Hari Malaysia pada 16 September 2017 akan datang. Kempen Doh-Bassador Kreativiti disokong oleh The Malaysian Women's Weekly sebagai rakan media mereka.

Play-Doh dikenali sebagai alat mengajar untuk kemahiran motor kanak-kanak, kemahiran komunikasi, pengalaman deria dan kreativiti. Ia memberi inspirasi dalam memupuk minda kreatif anak-anak dengan Play-Doh dalam masa yang sama menggalakkan ibu bapa lebih banyak menghabiskan masa dengan anak-anak mereka dengan meneroka idea-idea yang berbeza melalui permainan Play-Doh. The Doh-Bassador of Contest Creativity memberikan peluang yang baik untuk memberi inspirasi dan mengembangkan imaginasi anak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Doh-Bassador of Creativity contest atau nak tahu aktiviti-aktiviti lain mengenai Play-Doh, boleh layari http://www.playdoh.com 





You Might Also Like

5 komen

  1. menarik ni untuk cungkil bakat dan kreativiti anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Ni bukan anaknya yang buat...maknye yang buat nanti kang...hahaha...

    ReplyDelete
  3. My kids memang gemar play-doh nih... at least mereka akan lebih kreatif kan...

    ReplyDelete
  4. Macam bestnya anak2 dapat bermain serta menunjuk bakat rekaan play doh tersendiri

    ReplyDelete



Labels

Facebook Page

Blog Archive