Sertai Pengembaraan Bersama Leo The Wildlife Ranger Di ZooMoo!!

Thursday, August 17, 2017

Sertai Pengembaraan Bersama Leo The Wildlife Ranger Di ZooMoo!! | Ogos ini, Leo the Wildlife Ranger dan rakannya Katie, bersama-sama dengan anak anjing mereka yang berpengalaman akan membawa anda pada pengembaraan yang menarik di ZooMoo. Mereka akan melakukan perjalanan menarik di sekitar planet untuk mengetahui tentang hidupan liar dan alam semula jadi. Jom Sertai Pengembaraan Bersama Leo The Wildlife Ranger Di ZooMoo!!


Leo the Wildlife Ranger adalah program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penghayatan kepelbagaian hidupan liar. Episod utama adalah bertujuan untuk membantu haiwan yang memerlukan, dan kepentingan menjaga alam sekitar. 




Membawa kanak-kanak lebih dekat dengan hidupan liar


Siri ini diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penghayatan kepelbagaian hidupan liar, dari rumah koala di Australia ke pangkalan belut elektrik di Amerika Selatan. Episod ditetapkan dengan tema utama untuk membantu haiwan yang memerlukan dan kepentingan menjaga alam sekitar.


Di ZooMoo, kami berhati-hati dalam menguruskan program pendidikan berkualiti tinggi untuk kanak-kanak prasekolah. Adalah penting untuk setiap generasi mempunyai pemahaman tentang hidupan haiwan dan menghargai setiap  habitat semula jadi yang ada di dunia. Dengan strategi kami, Leo the Wildlife Ranger adalah sangat sesuai untuk saluran ini. Di samping itu, siri pemenang anugerah ini adalah daripada producer Chi Sim tang, yang mempamerkan bakat dari rantau ini, kata Catherine Nebauer, Networks General Manager untuk Australasia.


Pemenang 'Best School Programme' pada tahun 2016 untuk Anugerah TV Asian, Leo the Wildlife Ranger dihasilkan oleh Omens Studios, syarikat yang berpusat di Singapura. Salah seorang ahli pasukan utama ialah bakat dari Malaysia iaitu Kelvin Chow yang merupakan producer siri ini.

Di Omens Studio, kami sentiasa berusaha untuk memberi ilham dan memberi inspirasi kepada setiap kanak-kanak yang kami jumpa dan Leo the Wildlife Ranger dicipta untuk melakukannya. Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga zoomoo dan tidak sabar-sabar untuk membangunkan lebih ramai Rangers Junior di seluruh Asia. Kata Chi-Sim Tang, pengeluar eksekutif


Jangan lupa saksikan pengembaraan pertama Leo the Wildlife Ranger di ZooMoo di saluran Astro ch 619 pada hari Sabtu bersamaan dengan 19 Ogos jam 12.05 tengahari! Untuk maklumat lanjut, boleh layari :




You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Labels

Blog Archive